Thursday, October 16, 2008

Hari Itu dalam Sejarah

Dua tiga hari kebelakangan ni isu sejarah menjadi bualan.Akibat pertembungan politik, ramai orang nak bercakap pasal sejarah.Disebabkan BOS besar bangkitkan pasal sejarah,berduyun-duyun Si Culai-Culai nak beri respon pasal sejarah,walaupun mereka- mereka ini pun bukan  tahu sangat pasal sejarah.Setakat tahu tarikh Merdeka dan Tarikh penubuhan Malaysia jer.... agaknya la....pun, nak bercakap pasal sejarah.

Yang menjadi mangsanya,sekolah.sekolah apa? Sekolah Rendah.Subjek Sejarah nak disumbatkan kembali dalam pendidikan di sekolah.Bertambah lagi waktu budak nak belajar.Bertambah lagi kertas periksa budak.Bertambah lagi buku budak.bertambah lagi berat beg budak.Bertambah lagi bebelan mak bapak budak...

Dulu, di zaman aku ambil Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah,aku belajar subjek Sejarah.Lama kelamaan, diorang komplen sebab belajar sejarah tidak menjamin kerjaya masa depan dan tidak menjurus kepada kemajuan negara...Yang penting ialah sains.Disebabkan mudah melatah, subjek sejarah dipadamkan.Penekanan kepada ilmu sains dijulang melangit.Sejarah sekadar diselitkan sedikit dalam subjek Bahasa Melayu.Ala kadar....Guru Bahasa Melayu dah merangkap guru sejarah..mmm.

Apa masalahnya?Subjek sejarah diajar kembali disekolah rendah?Tiada salahnya,cuma kekadang terfikir tidakkah budak-budak hingusan ini merupakan mangsa kepada kebutaan mereka-mereka dalam politikus arus perdana...Apalah sangat sejarah yang mereka nak belajar dan hayati berbanding budak-budak remaja yang dah boleh berfikir....sesuaikah pada budak-budak hingusan ini....mmmmm.

No comments: