Tuesday, October 28, 2008

lapan tolak dua tolak dua tolak dua






Bukit ini pernah aku bicarakan bersama Yusuf Rawi, Cik Din, Siva , Hj. Baharul dan mendiang Wong pada tahun 2002.Cerita itu sebelum aku bersama mereka ke Gunung Tahan.Kami memanggil bukit ini " DRAGONBACK".Namun entah di mana silapnya, cerita itu senyap.Setelah enam tahun berlalu,Baru kini aku dapat menjejakkan kaki ke puncaknya bersama Bentara Gunung.Itupun setelah setahun setengah aku mengadap bukit itu setiap hari dari balkoni dapurku di tingkat lima.Terima kasih kengkawan kerana menarik diri di saat akhir untuk ke Gunung Irau.Asalnya nak ke Irau seramai lapan orang.pas tu, sorang-sorang tarik diri.Jika tidak kerana mereka, mungkin bukit itu masih lagi sekadar menjadi santapan mataku setiap hari.Terima kasih Bentara Gunung kerana sudi menjadi jurupandu.TERIMA KASIH BUKIT TABUR.Syukur.......

No comments: