Monday, January 19, 2009

SEMALAM DALAM SEJARAH 4




1983 aku berpindah dari Bidor ke Selama, Perak. Sebuah pekan yang  dalam daerah paling mundur pada zaman itu...Pemilik kereta di daerah ini boleh dikira dengan jari...selepas maghrib pekan Selama sepi seperti di landa garuda.

         Di sekolah inilah aku menyambung pendidikanku.Antara guru-guru yang masih ku ingati ialah :

1. Cikgu Onn Lay Wah

2. Cikgu Yaakop

3. Cikgu Letchumanan

4. Cikgu Shamsudin

5. Cikgu Awang

7. Ustazah Faridah

8.Cikgu Embun

9. Guru Besar K. Kanikasamy

10. Guru Besar Azahari

         Dulu sekolah aku adalah SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN JALAN MENTERI. Kini telah bertukar menjadi SEKOLAH KEBANGSAAN SELAMA.

         Tapi yang paling ku ingati ialah Cikgu kesayangan...Cikgu Oon Lay Wah.Beliau mengajarku dari darjah tiga hingga darjah enam...Zaman itu, sekolahku beraliran inggeris.Dari sekolah kebangsaan ke sekolah sekolah rendah kebangsaan...Motto sekolahku " SYSTEM IS POWER".Aku bangga motto itu dikekalkan hingga kini....

      Pada zaman itu,gred sekolahku amat tinggi..kalau setakat Peperiksaan Penilaian mendapat 4A 1B , jangan mimpi untuk masuk ke sekolah berasrama...Tapi jika di sekolah kebangsaan pada zaman itu...mendapat 3A 2B pun masih ada harapan tinggi untuk ke sekolah berasrama...

     Setelah 23 tahun aku meninggalkan sekolah rendah, namun memori suka duka di sana masih segar dalam ingatanku.....

   Buat warga SRK Jalan Menteri     a.k.a    SK Selama, teruskan perjuangan dan kecemerlangan. Rekod pencapaian peratusan keputusan Bahasa Inggeris tertinggi masih belum dapat diatasi hingga kini.

No comments: