Saturday, February 7, 2009

SEMALAM DALAM SEJARAH 5



Sekolah Menengah...Ya, aku menyambung pelajaran di sekolah menengah ini pada tahun 1987.Dari sebuah sekolah yang serba kekurangan, kini pada waktu aku melawatinya, sekolah ini kelihatan gah prasarananya..Terlalu banyak kenangan aku disini :

     Akulah antara orang pertama bersama rakan sekelas 3A1 menjadi johan keceriaan kelas yang julung kali diadakan.

    Akulah antara orang pertama bersama rakan sekelas 4sains1 menconteng blok-blok sekolah dengan lukisan mural...

     Akulah antara orang pertama bersama ahli Kelab pandang Dengar sekolah yang melancarkan stesen radio sekolah.

    Akulah antara orang pertama bersama rakan seangkatan yang berjaya mencapai keputusan 100% lulus keseluruhan dalam peperiksaan STPM.

terlalu banyak untuk diceritakan....yang tak baiknya , lagi la banyak...biarlah ia berlalu...

Terima kasih warga pendidik SMDHH...

    

  

2 comments:

JAMILKUCING said...

Assalamualaikum.

28 tahun yang lalu abg jamil menjejak kaki ke smdhh daris ekolah kebangsaan sri selama.ingat lagi 1A2.2A2.3A2,4A2,dan 5A2 kemudian abg jamil berpindah ke taiping. smdhh banyak kenangan buat abg jamil. hari pertama amsuk sana di hari perhimpunan kena rotan dengan cikgu hussein entah sdr kenal tak ,sebab menari ketika dia berucap di padang. first time amsuk sekolah menengah kena rotan.tu yg buat abg jamil terkenal dulu. cikgu asian adalah cikgi abg yg pertama. cikgi ibrahim adalah guru displin,ustaz mat adalah ustaz ku.cikgu adnan adalah guru seni perusahaan,cikgu ali adalah cikgu kesayangan,pak ni peniaga kantin adalah sudara sekampong. rindu smdhh.sekolah menengah dato haji hussein.tapi siapa sangka sekolah dato hussein.kerja pertama abg jamil ialah pembantu peribadi tun hussein onn selepas beliau berhenti jadi perdana menteri. sekolah kita dalah asal nama beliau.

salam perkenalan.

sonto said...

salam perkenalan buat Abg Jamil..
yg sempat ku kenali ialah ustaz mat.mengajar agama dr tgktn 1 - 3.cikgu adnan...paling best ialah tokey kantin..yang ku gelar Pak Ni Kingsway sbb masa tu dia tampal poster Adika yusuf -jenama rokok kingsway...selalu tlg dia lepas skolah petang..dapat makan free balance mee goreng time rehat punya..he he he...kenangan..