Sunday, April 12, 2009

23 TAHUN YANG LALU







Tanggal 15 April 1986 merupakan hari yang amat bersejarah dalam industri hiburan tanah air.Tarikh keramat itu masih tetap gah hingga ke hari ini.Dengan ribuan penyanyi dan penghibur yang muncul dan muncul lagi dan akan terus muncul.Namun, masih belum ada yang dapat menandinginya.Tidak keterlaluan jika saya katakan untuk menghampiri pencapaian seperti beliau juga belum ada.

Pada tarikh keramat itulah, Malaysia digegarkan dengan sorakan, jeritan dan tepukan paling gemuruh dalam lipatan sejarah hiburan tanah air.Seorang pemuda kecil molek.Hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter telah berjaya menghimpunkan lebih 100 ribu manusia marhean di satu tempat yang tak pernah terfikir oleh sesiapa pun - JALAN CHOW KIT.

Di sinilah gegarannya...

Tanggal 15 April 1986, Sudirman Hj. Arshad telah membuktikan kehebatan dan auranya.Beliau telah mengadakan konsert percuma sebagai tanda terima kasih kepada seluruh peminat beliau.Bersama kehadiran lebih 100 ribu penonton, konsert beliau telah diiktiraf dalam "MALAYSIA BOOK OF RECORD".

Setelah 23 tahun berlalu, masih belum ada seorang penyanyi pun yang dapat melakukan seperti mana yang telah dilakukan oleh insan yang bernama SUDIRMAN.

AL FATIHAH.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.....amin.

No comments: