Monday, July 27, 2009

DI SEBALIK CERITA 1




Barang kali mungkin ramai antara kita tidak kira peserta,pengiring,petugas ataupun pelaksana masih terasa bahang KEMPORI GOMBAK yang baru berlangsung baru-baru ini.Mungkin ramai lagi antara kita yang masih berbicara tentangnya di kedai kopi,di tempat kerja atau di port masing-masing.Bual bicaranya tentulah berkisar pada hari jadinya hinggalah ke malam penutupan.

Bagi peserta,mereka akan berbual tentang penganjuran Kempori,Keseronokan berkhemah,cabaran aktiviti,kepayahan yang dilalui,kekurangan yang ada,ketidak selesaan yang dilalui dan bermacam-macam lagi.

Buat pengiring pula,mungkin ada cerita-cerita tentang lecehnya mengurus budak-budak sekolah ini yang kemaruk nak ke Kempori.Mungkin ada juga cerita-cerita yang terpacul tentang kekurangan dan kelemahan penganjuran Kempori.Betapa seksanya pengiring-pengiring ini yang terpaksa berkampung bersama budak-budak.Ini tak ada, itu tak disedia,ini tak cukup,itu kurang...bla..bla..bla..

Apa pulak agaknya kata petugas? Barangkali ada yang berkata, demi pengakap dan anak bangsa aku sanggup berkorban.Kemungkinan juga ada yang bersembang-sembang sesama mereka betapa jayanya masing-masing melaksanakan tugas.Begitu juga bicara tentang betapa jayanya rakan-rakan yang bijak MENGELAT .Aku kerja lebih,dia kerja kurang..tapi sama-sama dapat nama.Tak ketinggalan bual bicara tentang kelemahan-kelemahan pihak pengurusan dalam merancang dan melaksana program...wallahhualam...

Bagaimana pula pihak pengurusan a.k.a AJK Induk ?Seperti lazimnya mereka akan kepeningan sama seperti sebelum hari jadi.Bual bicara mereka agak malap.Menyelesaikan kewangan Kempori,menyelesaikan iventori,menyelesaikan hutang piutang,mengira berapa pula wang tabungan telah terkeluar...seterusnya merancang bila pula nak buat mesyuarat...dan nak siapkan laporan.

Itulah serba sedikit cerita di sebalik cerita yang dapat dipaparkan.Namun jauh disudut hati....

BUKAN KEUNTUNGAN YANG DICARI TAPI KEPUASAN YANG DIKECAPI DALAM KEPENGAKAPAN.

salam pengakap.

1 comment:

Faizal said...

kurang ka lebih ka...dah buat yang terbaik...kot?