Saturday, August 1, 2009

DI SEBALIK CERITA 2





SERONOK berbicara sekiranya sesuatu itu bertepatan dengan kehendak kita.Bertambah seronok lagi berborak andaikata sesuatu itu sealiran dengan jiwa.Apatah lagi kiranya sesuatu yang berlaku itu sememangnya dunia kita.Dunia yang penuh cabaran.Dunia yang penuh dengan tuntutan pengorbanan.Tenaga...masa...keluarga.....wang ringgit....Itulah dunia KEPENGAKAPAN.Demi anak bangsa..Demi pewaris negara..SIAPA KISAH ?
NAMUN di sebalik penganjuran KEMPORI GOMBAK 2009 yang baru sahaja berlalu ada juga suara-suara yang nakal yang berbunyi :

1. Lain kali buatlah persediaan awal.Nak mohon apa-apa kan senang.Tengok sekarang, mintak kanopi tak dapat , mintak bas tak dapat, mintak itu tak dapat, mintak ini tak dapat.Kan payah..tak cukup barang..lain kali prepare la awal-awal....
Memang sedap bercakap,apatah lagi kata-kata yang terpacul itu dari mulut orang yang tak duduk dalam komiti J/kuasa Kempori apatah lagi orang itu sememangnya tak mahu pun melibatkan diri dengan J/kuasa daerah....
Persediaan Kempori Gombak 2009 telah di buat seawal tahun lagi.Sebelum program dihebahkan kepada seluruh warga gombak, kelulusan dari kementerian di Putrajaya perlu diperolehi..Sapa nak buat tu....Dari Putrajaya turun ke Negeri,dari negeri turun ke Daerah, dari daerah turun ke Sekolah.Kemudian, panggilan mesyuarat perlu dibuat.Tak semua dapat hadir kerana komitmen tugas hakiki yang perlu didahulukan....
mesyuarat tingkap terpaksa dijalankan....menghebahkan perkara..dan tugasan.Mesyuarat lagi...dan lagi..dan lagi..
Bab mintak bantuan daripada orang,banyak benda nak kena ambil kira.Kepentingan kita pada diorang dan kepentingan diorang pada kita...janji?...dah selalu dengar.Perkataan no problem,dah cemuih....akhirnya dah sememangnya diketahui apa jawapannya...buat surat hanya sebagai syarat.....pemanis mulut..bukan sekali..dah beberapa kali dah...Di penghujung ceritanya, kena cari kengkawan juga..menagih simpati...tapi bukan free.....ongkos perlu ada.

2. Kenapa buat kat templer ? tempat tu kan kecil.Sempit la.Prasarana tak cukup.sesak.cari la tempat yang selesa sikit...
Antara ayat yang disampaikan oleh teman seperjuangan.Tahukah mereka berapa yang perlu dibayar kepada tuan tanah sebagai sewa tapak kem?Contohnya Korobori di Kem Lembah Genting.Kempori di The Wood ?Adakah wang yuran penyertaan yang diterima cukup untuk menampung segala urusan ? jawapannya TIDAK.Nak naikkan yuran penyertaan ?Jabatan tak akan luluskan.Di mana jalannya nak mencari sumber kewangan ?Di atas batu jemala komiti daerahlah yang terpaksa memikirkannya.Ada yang yang membantu ?memberi jalan ? HARAMMM.....Hanya Kem Rimba Templer yang menyelamatkan .

3.Apsal yuran sampai RM 50.00.Wui....mahalnya...Kami nak masak sendiri.Kalau bagi kami masak sendiri,kami akan bawa 2 bas peserta.
Ayat yang pernah kami dengar dahulu.Gegar bagai guruh,tapi hampes.Dulu masa Korobori dan Kempori tak juga bawa 2 bas.Kalau komiti dah putuskan dalam mesyuarat.Apa hal pulak keistimewaan perlu diberi kepadanya.Apa hebatnya dia yang menyebabkan komiti perlu tunduk akan kehendak dia seorang.Lagi 51 wakil sekolah-sekolah lain tak berkata apa pun.Bukan orang lain..cikgu juga.....

4. Apa ni,bayar RM 50.00.Tempat tak selesa.Nak mandi payah.Air susah.Tandas pun susah...teruk la pengurusan..nak untung lebih la ni.....makan pun tak sedap.Tak berbaloi....
Memang sedap mulut berkata-kata.Sebab yang bercakap tak duduk dalam komiti pun.Yang nyata pastinya dia tak pernah pun mengelola program yang melibatkan kapasiti yang besar dengan duit yang sedikit.Adakah dengan nilai RM 50.00 itu dapat menampung semuanya dan menyediakan keselesaan.Tahukah orang yang berkata itu bahawa urusan sebelum memerlukan wang.Urusan semasa memerlukan wang.Urusan selepas juga memerlukan wang....UNTUNG ? Duduklah dalam komiti daerah..boleh tahu jawapannya..Dengan kewangan yang terhad hanya itu yang mampu daerah sediakan..bersyukurlah...!


Inilah antara suara-suara sumbang lagi sumbing yang dapat dipaparkan...... ada lagi......

2 comments:

aibiwai said...

Itulah sifat manusia yg bukan "pengakap sejati". Tau komen, komplen, itu tak cukup, itu tak ada,macam-macam itu dan ini lagi. Memang kalau nak merajuk dah lama kita boleh merajuk, sejak tahun 2006 lagi. Tapi kerana SAYANG kpd pengakap, perjuangan tetap diteruskan juga. Hanya mereka yang TAHU dan MERASA sahaja, akan berdiam diri, bermuhasabah diri. Bercakap memang senang, menunding jari lagi senang. Tapi SIAPA yang PENING kepala? tak siapapun yang sudi bertanya, ada masalahkah yg boleh dibantu?, cukup ke DUIT? Tapi biasalah lumrah alam, rumah siap, paku dan penukul masih berbunyi..... Siapalah SAYA, bukan insan sempurna yang pandai buat MAGIC untuk menjadikannya sempurna...

aibiwai said...

Susah kan jadi pemimpin ni, tambah lagi bila jadi orang atas. Rasanya nak jadi orang bawah je....