Tuesday, August 18, 2009

DISEBALIK CERITA 3

Pada 15 Ogos 2009, Pengakap Zon sentul telah melaksanakan satu ekspedisi ke Gunung Nuang melalui laluan Janda Baik ke Hulu Langat yang dijangka berakhir pada 16 Ogos 2009. Seramai 38 pengakap Muda dan Remaja ( 15 -17 tahun sahaja) telah menyahut cabaran ini.Juga diiringi 12 orang pengiring yang terdiri daripada Kelana , pemimpin dan BP Guild.
Hanya dua peserta yang gagal meneruskan ekspedisi dan telah dibawa turun sebelum tiba Puncak Nuang.Sepanjang ekspedisi para peserta mengharungi pelbagai cabaran yang hebat semasa pendakian.Cabaran yang terhebat adalah mengharungi hujan yang sangat lebat yang menyebabkan pergerakan para peserta menjadi sangat lambat.Ekoran dari pergerakan yang sangat lambat kerana laluan yang licin dan berisiko , ini membuatkan peserta ekspedisi
( 3 Patrol ) terpaksa menghentikan perjalanan.tambahan pula dalam keadaan hari semakin gelap.Mereka membuat keputusan untuk berkhemah dan bermalam di Dataran Pacat.Sementara itu, seramai 16 peserta ( 2 Patrol ) telah selamat sampai di "Base".
Disebabkan hubungan radio tidak berfungsi akibat rosak dimasuki air,mereka menghubungi balai polis Hulu Langat untuk memberitahu kedudukan dan situasi mereka dan berharap maklumat ini dapat disampaikan ke pihak urus setia di "Base"Kem Lolo( Kem Lolo tidak ada liputan talian telefon ).Pihak polis telah menelefon JPA3 untuk bantuan.
Sementara itu, di "Base",aku bersama komiti lain telah membuat keputusan untuk menjejaki kedudukan mereka ekoran hubungan yang terputus.Kami bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
Pada pukul 1.30 pagi ( 16 Ogos 2009 ) aku menyiapkan segala peralatan termasuk bekalan makanan dan secara bersendirian bergerak menuju puncak untuk menjejaki kedudukan peserta ekspedisi.Pada pukul 2.30 pagi aku menemui mereka di Dataran Pacat.Aku telah di maklumkan tentang apa yang telah berlaku.Keputusan mereka bermalam di Dataran Pacat adalah tepat.Tindakan mereka menelefon balai juga tepat.
Aku juga dimaklumkan bahawa terdapat 3 orang peserta yang mengalami kejang otot kaki tetapi tidak serius.Mereka masih boleh berjalan tetapi amat perlahan.Inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat tiba di "Base" seperti yang dijadualkan.Aku juga diberitahu bahawa mereka telah memaklumkan perkara ini ke Balai Polis Hulu Langat.....Aku terus ketawa...Sudah pasti JPA3 akan datang.
Setelah memastikan semua peserta dalam keadaan baik, aku meminta mereka berehat di Dataran Pacat dan teruskan perjalanan turun pada siang harinya.Aku akan memaklumkan pada urus setia di "Base" nanti.
Aku turun dari Dataran pacat jam 3.30 pagi.Pada pukul 4.00 pagi aku berselisih dengan pasukan JPA3.Aku memperkenalkan diri dan memaklumkan perkara yang sebenar.Aku meminta pasukan JPA3 tidak membawa mereka turun dalam keadaan gelap memandangkan keadaan mereka stabil.Aku meminta Pasukan JPA3 mengiringi peserta ekspedisi turun ke "Base"di Kem Lolo apabila keadaan mulai cerah.
Baki peserta yang bermalam di Dataran Pacat telah selamat tiba di "Base" lebih kurang pada pukul 10.00 pagi.Sebelum itu, peserta yang telah selamat tiba di ''Base" pada malam harinya telah diminta bergerak turun ke Pejabat Perhutanan dengan berjalan kaki pada pukul 9.00 pagi lagi.Manakala peserta yang baru tiba di "Base" pada sebelah paginya kami membawa mereka turun dengan menaiki pacuan 4 roda BP Guild dan geng dari Team Redah serta menumpang kenderaan JPA3 kerana mengejar masa untuk majlis penutupan dan ketibaan bas DBKL.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah dijalankan pada jam 1.00 petang.Para peserta bergerak pulang pada jam 2.30 petang.
Namun apa yang menghairankan,pada sebelah malam dalam berita jam 8.00 malam di saluran Buuletin Utama TVthree telah mengeluarkan berita yang bertajuk "Sesat".Intipati berita adalah 90% tidak tepat.Wartawan yang membuat laporan di tempat kejadian telah salah lapor ke bilik berita.Kami telah menghubungi wartawan tersebut iaitu Encik Shamsull
( 0192485711) ,namun dia tidak mengaku atas berita tersebut.Dia mengatakan bahawa tulisan beliau berkisar Tugas penyelamat oleh JPA3.Beliau seolah-olah cuba memindahkan kesalahan laporan berita tersebut di buat oleh editor di bilik berita TVthree.Kami hubungi bilik berita TVthree dan mereka mengatakan laporan diterima dari dia...

Kesimpulannya, mereka ini tidak bertanggungjawab.Akhirnya, nama pengakap menjadi buruk.Jabatan tak putus-putus menelefon meminta laporan lengkap.APA NAK BUAT.........

Pada posting selepas ini, akan saya paparkan skrip berita penuh yang disiarkan dalam BUUletin Utama di TVthree, jam 8.00 malam pada 16 Ogos 2009...

Kepada Pengakap Zon Sentul:
Syabas dan Tahniah atas keberanian dan kejayaan menganjurkan satu Ekspedisi yang ekstrem.Tahniah juga buat para peserta ekspedisi.JANGAN LUPA SIAPKAN BUKU LOG.

2 comments:

halimyaccob said...

hehehe...nasib baik takder yang cedera... tak apa..jadikan pengalaman itu sebagai panduan untuk masa hadapan.

halimyaccob said...

Tak salah kalau mengaku kelemahan. Prosedur keselamatan patut dipraktikkan, apatah lagi peserta terdiri dari orang muda yang tidak berpengalaman. Gunung Nuang bukan calang2 dan lokasi yang berisiko kalau perancangan tidak teliti; banyak merekodkan tragedi, malah terdapat kes2 maut.

Disebalik cerita juga ada cerita sebenar bagi individu yang berada dilokasi, bukan menilai dari jauh, di tempat yang selesa... sila refer http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=23&t=2546
http://belantara.fotopages.com