Saturday, July 17, 2010

DIPERALATKAN?
















Pada 14 hingga 16 Mei telah berlangsungnya Jambori 1Belia 1Malaysia di TamanWetland,Putrajaya.Namanya gah dipersada negara.Dicanang seluruh negara maka,berduyun-duyunlah warga pengakap dari pelusuk tanahair hadir untuk memeriahkan Jambori.
Walaupun penyertaannya adalah percuma dan makan disponsor tetapi konsep Jambori dalam kepengakapan amat jauh menyimpang.Kononnya Jambori ini diadakan adalah untuk menunjukkan kepada Malaysia bahawa pengakap amat berperanan dalam belia.Sebab itulah Jambori ini berlangsung serentak dengan sambutan Hari Belia Kebangsaan.
Jujurkah mereka dalam menjemput warga pengakap ke sambutan itu? Hanya mereka yang menghadiri ke Jambori ini sahaja yang memahaminya.Sambutan Hari Belia Kebangsaan diadakan di PICC Putrajaya tetapi warga pengakap yang seramai 5000 orang ditempatkan di Taman Wetland...terpisah jauh dari tempat sambutan.
Ada udang di sebalik batu.Itulah perasaan kebanyakan warga pengakap yang hadir.Sebahagian warga pengakap diminta dan dihantar ke beberapa lokasi aktiviti hanya untuk meramaikan orang.300 orang sahaja yang dibenarkan berada di PICC semasa majlis perasmian dijalankan.Sebahagian lagi dikerah memenuhi ruang JOM HEBOH.Bukan citarasa warga pengakap untuk datang ke Jambori semata-mata untuk ditempatkan di tapak Jom heboh.apatah lagi dengan beruniform lengkap.
Sudahlah jarak terpisah jauh,warga pengakap terpaksa mengharungi cabaran berjalan kaki dari Taman Wetland ke Dataran Wawasan dan PICC.Bayangkanlah....Bergerak jam 8.00 pagi dan pulang jam 5.00 petang.Tiada pengangkutan disediakan ,tidak seperti apa yang dijanjikan.....
Tidak berperasaankah mereka....?
Ramai warga pengakap melahirkan rasa kecewa terutamanya kontinjen yang datang dari jauh...Kontinjen Sabah contohnya.Dengan kos penerbangan , layanan seperti ini yang mereka dapat....Amat memalukan....
Siapa yang harus dipersalahkan ? PPM atau KBS..?
Menurut ucapan menteri yang merasmikan Jambori , Perkhemahan ini adalah yang terbaik..Namun bagi warga pengakap ,inilah perkhemahan yang terburuk dalam sejarah....!
BERSETUJU ?

No comments: