Thursday, July 15, 2010

KE MANA ARAH.....

Sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini.Berbulan-bulan lamanya.Mungkin rakan-rakan penjengok dah bosan bila melihat blog aku tiada perubahan.Maafkan aku rakan.

Aku menyepi sebab tiada perkara menarik nak diwar-warkan.Tambahan pula aku amat sibuk dengan tugas hakikiku.Hari ini aku gagahi juga untuk menulis sesuatu...Tentang apa ya..? Sudah pastinya tentang pasukan beruniform yang aku cintai.

Aku berasa bertuah kerana dapat berkhidmat dalam pertubuhan ini dalam dua alam...
1. Aku berada dalam Majlis Pengakap daerah di negeri yang sibuk diperkatakan
sekarang..Negeri Berlubang-lubang.
2. Aku berada dalam pasukan Pengakap Latihan Daerah dalam jajahan Kota Metropolitan.

Disini aku ingin berkongsi keterharuan aku dalam pasukan di Negeri Kota metropolitan.Sudah setahun lebih tampuk kuasa bertukar tangan.Mengapa negeri masih tidak dapat menyelesaikan masalah pendaftaran keahlian.Tahun ini genaplah 100 tahun Kota Metropolitan berdaftar dalam Pengakap.Masalah kecil ini masih tidak dapat diatasi...Mengapa?

Sudah setahun lebih tampuk kuasa bertukar tangan.Mengapa hingga kini penubuhan Majlis Pengakap Negeri masih belum menjadi nyata...Kenapa ya?

Hairan dan penuh kemusykilan...sedangkan daerah-daerah telah mempunyai Majlis sendiri dan mempunyai akaun, namun negeri masih terkial-kial...di mana silapnya...

Setiap hari ,aku disajikan dengan berita politik berpuak-puak dalam masyarakat Malaysia.Sama ada melalui media elektronik mahupun media cetak.Kini,aku disajikan lagi dengan kumpulan berpuak-puak dalam pertubuhan yang aku sayangi...Adakah ketua pemerintah tidak tahu akan perkara ini..? atau buat-buat tak tahu.

Aku masih teringat pada mesyuarat negeri yang diadakan di pejabat "SONICE", kata-kata berapi ketua pemerintah yang ingin membuat pembaharuan di Kota Metropolitan.Dari persempadanan semula kawasan hingga ke projek mega perkhemahan yang kononnya akan melabakan pertubuhan sehingga berupaya mengembungkan kantung negeri sebanyak 2 juta .Begitu juga dengan cita-cita untuk menarik seberapa ramai insan-insan berpengaruh agar duduk bersama dalam pertubuhan dengan harapan mampu memiliki kem sendiri.Diakhir ayat-ayat seribu dinar, beliau mengatakan bahawa pertubuhan Kota Metropolitan akan menjadi pertubuhan pertama di Malaya akan memberi elaun bulanan kepada DC-DC nyaMaka, bersoraklah segala juak-juak diperingkat bawahan.

Hingga kini , setelah setahun lebih peristiwa itu berlaku , tiada khabaran lagi tentangnya....Yang sibuk dan hangat di pasaran adalah lagu BANGAU OH BANGAU....

Percaya atau tidak bahawa akaun daerah lebih kaya daripada akaun negeri..wallahualam.

Berbalik ke negeri berlubang-lubang pula.Aku berada dalam daerah terbesar dalam negeri berlubang-lubang.Sudah separuh tahun daerah menyepi dengan separang program.kenapa?
Ketuanya Tidur?Pemimpinnya lena?

Rupa-rupanya masalah birokrasi.Terlalu banyak birokrasi yang terpaksa ditempuhi.Logikkah sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan dihalang dan tidak diberi sokongan dalam penganjuran program untuk anak-anak muda...?Jabatan pelajaran daerah tidak berani bertanggungjawab atas penganjuran kononnya tidak mahu menanggung risiko.Itukah yang termampu diberikan oleh unit kokurikulum.Patutkah program daerah dianjurkan secara individu dan segala tanggungjawab serta permasalahan yang berkemukinan berlaku terpaksa ditanggung atas batu jemala individu..Kalau begitu,apa perlunya ada pegawai unit kokurikulum yang memegang potfolio badan beruniform.

Bagaimana kita hendak memperkatakan tentang pembentukan generasi muda dalam berpersatuan.Akhirnya,ramai pemimpin-pemimpin pengakap yang selama ini berkorban masa dan wang ringgit demi menjalankan fardu kifayah ini berasa kecil hati.Niat murni mereka tidak disokong oleh puak-puak ofis di jabatan.Maka, senyaplah pasukan latihan daerah ini..masing-masing mengambil sikap tunggu dan lihat...apa akan jadi dengan golongan muda ini?

Aku ? tetap kental seperti dahulu.kalau perlu menongkah arus, aku akan lakukan.Biarlah huru-hara diperingkat atasan.Aku akan jalankan program aku secara kecil-kecilan..

Yang penting aku Heppi....

No comments: