Friday, July 16, 2010

MEREKA TAK BELAJAR ATAS PERISTIWA LALU KAH ?

100 tahun telah berlalu ,100 tahun telah bertapak , 100 tahun telah bergerak , 100 tahun talah diarak...MEREKA MASIH TIDAK BELAJARKAH?

Persolan ini aku timbulkan bukan menggambarkan seluruhnya,tetapi kepada puak-puak yang kononnya telah lama berkecimpung dalam kepengakapan.Ada yang gah mempamerkan keahlian seumur hidup.

Mengapa masih ada sindrom melaksanakan program secara " last minute " ? Aku amat hairan masih ada golongan ini dalam pengakap.Apakah begitu mudah untuk menganjurkan sesuatu program.Sudikah kita menelan tomahan atas program batuk dihujung tangga?

Ada lagi juak-juak yang ingin melaksanakan program sambutan 100 dan perhimpunan Hari Pengakap Sedunia dalam tempoh 3 minggu.Sasarannya 2000 warga pengakap.Bolehkah dilaksanakan? Boleh, sekiranya program itu diswastakan.Boleh, jika dikerahkan keringat bala tentara pengakap hingga terabai tugas hakiki mereka.Tapi apakah hasilnya nanti memuaskan?Tidakkah lagu Bangau Oh Bangau akan berkumandang lagi?

Ada juga juak-juak di sebelah sana yang ingin menganjurkan Kempori negeri .Malangnya surat siaran belum diterima.Surat kebenaran jabatan juga tidak kunjung tiba.Sedangkan pesertanya adalah warga pelajar.Bagaimanakah para pemimpin hendak memenuhi kehendak mereka?Bagaimana pula persiapan kempori dan juga persiapan peserta.Ini semua memeningkan kepala bentara guru.Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi.....

Tidakkah boleh mereka ini merancang sesuatu program besar sebegini secara bersistematik.Tidak ada mana-mana penganjuran yang tiada kelemahan,tetapi kita masih berupaya meminimakannya.

Sekiranya penganjuran yang dilaksanakan secara tangkap muat dan tergesa-gesa ,tidakkah mungkin kita sendiri boleh menjangkakan musibahnya...?

Siapa yang akan menggalasnya ?

Sendiri mau ingat...!

No comments: