Thursday, May 3, 2012

Tahun 2012 telah ditempohi selama empat bulan.Berbagai cerita suka duka yang berlaku dalam kwepengakapan.Aku pulak tersangatlah sibuknya.Almaklumlah kini, aku menjadi student separuh masa.Sudah sangat lama aku tak berblog.
Kali ini aku mahu membebel tentang kepengakapanku di Kuala Lumpur dan juga Selangor.Tahun lalu aku berbangga kerana telah berjaya menganjurkan KOROBORI PENGAKAP Bangsar.Kejayaan itu telah membuka mata PPW dan JPWPKL.Kami bercadang pada tahun 2012 ,kami ingin menganjurkan KOROBORI PERINGKAT NEGERI pula.
Tahun ini pada 25 Februari 2012, Pengakap Sentul telah berjaya menganjurkan SAMBUTAN HARI PENGASAS ke- 154.Sambutannya amat membanggakan.Hampir 1000 warga pengakap telah berkumpul di SMKP Jln Ipoh.Kami berjaya membentuk logo WOSM menggunakan warga pengakap itu sendiri.
Pada 6-9 April ,aku bersama team pengakap Gombak telah berjaya menganjurkan KEMPORI GOMBAK 2012.Bertempat di Kem Rimba Templer.Seramai 1053 orang warga pengakap telah berkampung.Kami bercadang untuk menganjurkan pula KEMBARA MERDEKA 3 pada bulan kemerdekaan nanti.
Pada 20-21 April yang lalu,Pengakap Sentul telah melaksanakan Kem Ujian Sikap beserta dengan Kem Keahlian dan Vigil pengakap kelana.
Tahniah kepada seluruh Pasukan Latihan Pengakap Sentul.Kejayaan yang anda cipta menjadi inspirasi daerah-daerah yang lain.Nama Sentul sentiasa menjadi sebutan dan mendapat penghormatan yang tinggi.Tahniah Encik Chenteral Velo selaku Pesuruhjaya Pengakap Sentul yang telah memacu kejayaan di Sentul.
Namun pada penghujung April 2012, telah berlaku rombakan pimpinan di Sentul.Encik Chenteral Velo telah dilucutkan jawatannya.Ini amat mengejutkan seluruh pasukan.Mengapa perkara ini terjadi?Adakah unsur-unsur konspirasi di dalamnya?
Banyak perkara akan terbongkar nanti....

Sunday, September 11, 2011

MENYEPI

As salam buat rakan -rakan. Setahun aku menyepikan diri.Bukan kerana malas untuk meng"update" blog tetapi kekangan masa dan tanggungjawab membuatkan aku sibuk dan tidak berkesempatan untuk berblog.Lagipun tiada perkara-perkara menarik nak dipaparkan.

Dikesempatan ini ,aku ingin mengucapkan selamat hari raya , selamat menyambut hari kemerdekaan ke 54.Maaf zahir dan batin.

Tahun 2011 sememangnya tahun yang menyibukkan aku. Tahun ini tugas dalam profesion aku semakin bertambah kerana telah dinaik taraf. Tugas dalam kepengakapan juga bertambah.Nasib baik pengakap Gombak tahun ni agak malap.Selamat sikit aku.

Tapi di Zon Sentul , pergerakannya telah mengorak langkah yang agresif.Tahniah team Sentul.Namun maaf buat pengakap kanak-kanak , skim latihan pengakap kanak-kanak tak dapat di laksanakan kerana kekangan PPD.Kami tak dapat berbuat apa-apa.

Kini , aku telah ditukarkan ke kawasan Bangsar.Baru setahun setengah.Tugas baharu menerpa.Rakan-rakan Bangsar meminta pertolongan menggerakkan pengakap kanak-kanak.Yang menariknya ,PPD Bangsar amat membantu. Mereka mengerti akan kehendak kami dalam membangunkan modal insan melalui kepengakapan .Tidak seperti PPD Sentul yang hanya pandai memperlekeh dan mengungkit-ngungkit kisah silam.Kami bekerja dalam kepengakapan ini tidak bergaji.Hanya sukarela.Apa peranan pegawai unit koku Sentul dalam membangunkan pengakap? hampeh...

Berbeza dengan pegawai PPD Bangsar.Mereka begitu memahami dan menyokong.Hasilnya , pada 19 - 21 September 2011 , Kami akan menganjurkan satu KOROBORI pengakap kanak-kanak. PPD sponsor RM6000.00 . Cayalah.Barulah kami seronok bekerja..PPD Sentul ? Cakap saja lebih...

Kepada team Sentul , sori aar sebab terjebak di Bangsar. Tapi jangan risau, Sentul tetap di hati.Kita ni berkhidmat di mana sahaja.Kita menabur bakti kepada yang sudi....

Akhir kata , buat semua pembaca marilah berpengakap daripada berpolitik....

Saturday, July 17, 2010

DIPERALATKAN?
















Pada 14 hingga 16 Mei telah berlangsungnya Jambori 1Belia 1Malaysia di TamanWetland,Putrajaya.Namanya gah dipersada negara.Dicanang seluruh negara maka,berduyun-duyunlah warga pengakap dari pelusuk tanahair hadir untuk memeriahkan Jambori.
Walaupun penyertaannya adalah percuma dan makan disponsor tetapi konsep Jambori dalam kepengakapan amat jauh menyimpang.Kononnya Jambori ini diadakan adalah untuk menunjukkan kepada Malaysia bahawa pengakap amat berperanan dalam belia.Sebab itulah Jambori ini berlangsung serentak dengan sambutan Hari Belia Kebangsaan.
Jujurkah mereka dalam menjemput warga pengakap ke sambutan itu? Hanya mereka yang menghadiri ke Jambori ini sahaja yang memahaminya.Sambutan Hari Belia Kebangsaan diadakan di PICC Putrajaya tetapi warga pengakap yang seramai 5000 orang ditempatkan di Taman Wetland...terpisah jauh dari tempat sambutan.
Ada udang di sebalik batu.Itulah perasaan kebanyakan warga pengakap yang hadir.Sebahagian warga pengakap diminta dan dihantar ke beberapa lokasi aktiviti hanya untuk meramaikan orang.300 orang sahaja yang dibenarkan berada di PICC semasa majlis perasmian dijalankan.Sebahagian lagi dikerah memenuhi ruang JOM HEBOH.Bukan citarasa warga pengakap untuk datang ke Jambori semata-mata untuk ditempatkan di tapak Jom heboh.apatah lagi dengan beruniform lengkap.
Sudahlah jarak terpisah jauh,warga pengakap terpaksa mengharungi cabaran berjalan kaki dari Taman Wetland ke Dataran Wawasan dan PICC.Bayangkanlah....Bergerak jam 8.00 pagi dan pulang jam 5.00 petang.Tiada pengangkutan disediakan ,tidak seperti apa yang dijanjikan.....
Tidak berperasaankah mereka....?
Ramai warga pengakap melahirkan rasa kecewa terutamanya kontinjen yang datang dari jauh...Kontinjen Sabah contohnya.Dengan kos penerbangan , layanan seperti ini yang mereka dapat....Amat memalukan....
Siapa yang harus dipersalahkan ? PPM atau KBS..?
Menurut ucapan menteri yang merasmikan Jambori , Perkhemahan ini adalah yang terbaik..Namun bagi warga pengakap ,inilah perkhemahan yang terburuk dalam sejarah....!
BERSETUJU ?

Friday, July 16, 2010

PENGAKAP SENTUL




AKHIRNYA BERGERAK JUGA SENTUL...
































Sekian lama keadaan yang haru biru.Dek kerana keangkuhan pemunya kuasa.Dek kerana pengakap puak-puak dan dek kerana mahukan nama, habis terpalit seluruh jentera kepengakapan KOta Metropolitan...

Dalam kacau bilau berbalas emel antara juak-juak terpinggir dengan jentera pemerintah baharu akan ketidakpuasan insang hati mereka.AKU TETAP SEPERTI DAHULU.Ketawa dipinggiran.

Dengan rasa tanggungjawab serta komitmen tinggi aku bersama DC Sentul mengorak langkah membangun pengakap di daerah Sentul.Walaupun banyak perkara yang belum selesai , namun kami bertekad menggerakkannya dengan daya yang ada.Walaupun kekadang telinga menahan pedih akan ayat-ayat longkang dari pemimpin kumpulan yang bertanyakan kenapa :

1. Daerah tak settlekan lagi masalah pendaftaran keahlian?
2. Daerah tidak settlekan masalah pendaftaran dan pertukaran nombor baharu?
3. Kad keahlian tak kunjung tiba?
4. tak buat meeting pemimpin daerah?
5. Tak buat program daerah?

dan banyak lagi.Perlukah aku dan DC mencanangkan pekong Jabatan ? Kurap negeri?Kudis pemimpin kumpulan ?

Dengan tenaga kerja yang tak seberapa di peringkat daerah dan atas kefahaman isteriku yang tercinta ( Sharwani bt. Awang - selalu kena tinggal ) akhirnya berjalan juga program yang telah dirancang..Tahniah warga kerja PPM Zon Sentul.
Gambar di atas adalah program Perkhemahan Pengakap Muda dan Remaja Zon Sentul.Alhamdulillah seramai 192 orang warga pengakap dari Zon Sentul yang menyertainya.Walaupun pada asalnya targetnya hanya seramai kira-kira 60 orang sahaja.Perkhemahan tersebut telah diadakan pada 7-9 Jun 2010 bertempat di Kem Templer.Apa nak buat , Sentul tak ada kem sendiri.Terpaksalah menumpang di tempat orang.
Walau apapun,dengan respon yang diterima maka,kami akan berusaha untuk memperbanyakkan lagi program-program daerah.insyaallah.
Kepada warga pengakap Zon Sentul, berilah kami masa untuk menyususn pentadbiran daerah sebaiknya .Berikanlah sokongan yang padu untuk menjayakan sebarang program daerah.
They said 1Malaysia , We said 1world .
cario
73

MEREKA TAK BELAJAR ATAS PERISTIWA LALU KAH ?

100 tahun telah berlalu ,100 tahun telah bertapak , 100 tahun telah bergerak , 100 tahun talah diarak...MEREKA MASIH TIDAK BELAJARKAH?

Persolan ini aku timbulkan bukan menggambarkan seluruhnya,tetapi kepada puak-puak yang kononnya telah lama berkecimpung dalam kepengakapan.Ada yang gah mempamerkan keahlian seumur hidup.

Mengapa masih ada sindrom melaksanakan program secara " last minute " ? Aku amat hairan masih ada golongan ini dalam pengakap.Apakah begitu mudah untuk menganjurkan sesuatu program.Sudikah kita menelan tomahan atas program batuk dihujung tangga?

Ada lagi juak-juak yang ingin melaksanakan program sambutan 100 dan perhimpunan Hari Pengakap Sedunia dalam tempoh 3 minggu.Sasarannya 2000 warga pengakap.Bolehkah dilaksanakan? Boleh, sekiranya program itu diswastakan.Boleh, jika dikerahkan keringat bala tentara pengakap hingga terabai tugas hakiki mereka.Tapi apakah hasilnya nanti memuaskan?Tidakkah lagu Bangau Oh Bangau akan berkumandang lagi?

Ada juga juak-juak di sebelah sana yang ingin menganjurkan Kempori negeri .Malangnya surat siaran belum diterima.Surat kebenaran jabatan juga tidak kunjung tiba.Sedangkan pesertanya adalah warga pelajar.Bagaimanakah para pemimpin hendak memenuhi kehendak mereka?Bagaimana pula persiapan kempori dan juga persiapan peserta.Ini semua memeningkan kepala bentara guru.Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi.....

Tidakkah boleh mereka ini merancang sesuatu program besar sebegini secara bersistematik.Tidak ada mana-mana penganjuran yang tiada kelemahan,tetapi kita masih berupaya meminimakannya.

Sekiranya penganjuran yang dilaksanakan secara tangkap muat dan tergesa-gesa ,tidakkah mungkin kita sendiri boleh menjangkakan musibahnya...?

Siapa yang akan menggalasnya ?

Sendiri mau ingat...!

Thursday, July 15, 2010

KE MANA ARAH.....

Sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini.Berbulan-bulan lamanya.Mungkin rakan-rakan penjengok dah bosan bila melihat blog aku tiada perubahan.Maafkan aku rakan.

Aku menyepi sebab tiada perkara menarik nak diwar-warkan.Tambahan pula aku amat sibuk dengan tugas hakikiku.Hari ini aku gagahi juga untuk menulis sesuatu...Tentang apa ya..? Sudah pastinya tentang pasukan beruniform yang aku cintai.

Aku berasa bertuah kerana dapat berkhidmat dalam pertubuhan ini dalam dua alam...
1. Aku berada dalam Majlis Pengakap daerah di negeri yang sibuk diperkatakan
sekarang..Negeri Berlubang-lubang.
2. Aku berada dalam pasukan Pengakap Latihan Daerah dalam jajahan Kota Metropolitan.

Disini aku ingin berkongsi keterharuan aku dalam pasukan di Negeri Kota metropolitan.Sudah setahun lebih tampuk kuasa bertukar tangan.Mengapa negeri masih tidak dapat menyelesaikan masalah pendaftaran keahlian.Tahun ini genaplah 100 tahun Kota Metropolitan berdaftar dalam Pengakap.Masalah kecil ini masih tidak dapat diatasi...Mengapa?

Sudah setahun lebih tampuk kuasa bertukar tangan.Mengapa hingga kini penubuhan Majlis Pengakap Negeri masih belum menjadi nyata...Kenapa ya?

Hairan dan penuh kemusykilan...sedangkan daerah-daerah telah mempunyai Majlis sendiri dan mempunyai akaun, namun negeri masih terkial-kial...di mana silapnya...

Setiap hari ,aku disajikan dengan berita politik berpuak-puak dalam masyarakat Malaysia.Sama ada melalui media elektronik mahupun media cetak.Kini,aku disajikan lagi dengan kumpulan berpuak-puak dalam pertubuhan yang aku sayangi...Adakah ketua pemerintah tidak tahu akan perkara ini..? atau buat-buat tak tahu.

Aku masih teringat pada mesyuarat negeri yang diadakan di pejabat "SONICE", kata-kata berapi ketua pemerintah yang ingin membuat pembaharuan di Kota Metropolitan.Dari persempadanan semula kawasan hingga ke projek mega perkhemahan yang kononnya akan melabakan pertubuhan sehingga berupaya mengembungkan kantung negeri sebanyak 2 juta .Begitu juga dengan cita-cita untuk menarik seberapa ramai insan-insan berpengaruh agar duduk bersama dalam pertubuhan dengan harapan mampu memiliki kem sendiri.Diakhir ayat-ayat seribu dinar, beliau mengatakan bahawa pertubuhan Kota Metropolitan akan menjadi pertubuhan pertama di Malaya akan memberi elaun bulanan kepada DC-DC nyaMaka, bersoraklah segala juak-juak diperingkat bawahan.

Hingga kini , setelah setahun lebih peristiwa itu berlaku , tiada khabaran lagi tentangnya....Yang sibuk dan hangat di pasaran adalah lagu BANGAU OH BANGAU....

Percaya atau tidak bahawa akaun daerah lebih kaya daripada akaun negeri..wallahualam.

Berbalik ke negeri berlubang-lubang pula.Aku berada dalam daerah terbesar dalam negeri berlubang-lubang.Sudah separuh tahun daerah menyepi dengan separang program.kenapa?
Ketuanya Tidur?Pemimpinnya lena?

Rupa-rupanya masalah birokrasi.Terlalu banyak birokrasi yang terpaksa ditempuhi.Logikkah sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan dihalang dan tidak diberi sokongan dalam penganjuran program untuk anak-anak muda...?Jabatan pelajaran daerah tidak berani bertanggungjawab atas penganjuran kononnya tidak mahu menanggung risiko.Itukah yang termampu diberikan oleh unit kokurikulum.Patutkah program daerah dianjurkan secara individu dan segala tanggungjawab serta permasalahan yang berkemukinan berlaku terpaksa ditanggung atas batu jemala individu..Kalau begitu,apa perlunya ada pegawai unit kokurikulum yang memegang potfolio badan beruniform.

Bagaimana kita hendak memperkatakan tentang pembentukan generasi muda dalam berpersatuan.Akhirnya,ramai pemimpin-pemimpin pengakap yang selama ini berkorban masa dan wang ringgit demi menjalankan fardu kifayah ini berasa kecil hati.Niat murni mereka tidak disokong oleh puak-puak ofis di jabatan.Maka, senyaplah pasukan latihan daerah ini..masing-masing mengambil sikap tunggu dan lihat...apa akan jadi dengan golongan muda ini?

Aku ? tetap kental seperti dahulu.kalau perlu menongkah arus, aku akan lakukan.Biarlah huru-hara diperingkat atasan.Aku akan jalankan program aku secara kecil-kecilan..

Yang penting aku Heppi....

Tuesday, February 23, 2010

MENYEPI MENCARI JAWAPAN YANG TAK SUDAH

Sudah lama aku tak mengemaskini blog ini.Bukan sudah malas atau terlalu sibuk untuk mengemaskini,cuma tak ada cerita-cerita menarik untuk dipaparkan.
Sempena tahun 2010 ini, aku ingin mulakan entri KEPENGAKAPAN dengan kisah PENDAFTARAN KEAHLIAN.Aku mengenali pengakap sejak tahun 1983.Perkhemahan pertama aku di padang bola sepak SJKT Selama,Perak.Perkhemahan sempena Hari Pengakap Sedunia.
Perkhemahan terakhirku semasa alam persekolahan adalah semasa aku di Tingkatan Enam ,SMK Dato' Hj. Hussein, Selama ,Perak.Empat hari lagi aku akan menghadapi STPM.Pada waktu itu aku bertungkus lumus membantu Ustaz Salim membuka dan meneroka kawasan hutan di Lata Ulu Mengkuang untuk dijadikan tapak perkhemahan pengakap muda dan remaja pada waktu itu.
Kenangan kepengakapan yang cukup panjang buatku untuk diingati.Sepanjang aku berpengakap di sekolah rendah di SRK Jalan Mentri a.k.a SK Selama,aku tak pernah menerima kad keahlian pengakap walaupun setiap tahun pendaftaran dibuat.Sepanjang di sekolah menengah, kalau tak silap hanya dua kali aku menerima kad keahlian,itu pun pada hujung tahun.Dalam tempoh 7 tahun berpengakap di sekolah menengah,hanya 2 kali sahaja kad keahlian dapat ku peroleh.Sedangkan setiap tahun pendaftaran dibuat.
Kini sudah tahun 2010.Zaman kemajuan teknologi,zaman kecekapan pengurusan berteraskan teknologi perkomputeran.Namun,masalah pendaftaran keahlian pengakap masih menjadi masalah utama kumpulan-kumpulan pengakap di seluruh Malaysia.Permasalahan yang tiada sudahnya.Pendaftaran dibuat,kad keahlian tidak diperoleh.Ada kumpulan yang menerima,tapi pada penghujung bulan Disember,sedangkan tarikh sah hingga bulan Mac.Kad keahlian hanya sah untuk tempoh 3 bulan sahaja sebelum pendaftaran baharu perlu dibuat lagi.Begitulah yang berlaku setiap tahun.
Siapa akan menanggung beban ?Sudah pastilah Pesuruhjaya Daerah dan Pasukannya.Kerana apa ? Kerana perlu berhadapan dengan pemimpin-pemimpin kumpulan bagi menjelaskan permasalahan pendaftaran.Setiap tahun begitu.Apa yang peringkat tertinggi buat..?mereka buat bodo sahaja...
Akhirnya, pemimpin pengakap daerah dicop makan duit...! SEBENARNYA SIAPA YANG MENCILOK DUIT PENDAFTARAN?

Sunday, October 18, 2009

PINGAT PERKHIDMATAN BAIK

PINGAT PERINGATAN 100 TAHUN PENGAKAP

PENGANUGERAHAN PINGAT 100 TAHUN PENGAKAP




Pada10 Oktober 2009 bersamaan 21 Syawal 1430 Hijrah Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengadakan satu upacara penyampaian Pingat Peringatan 100 Tahun Pengakap kepada kira-kira 120 orang penerima.Penerima pingat ini bukan sahaja diberikan kepada ahli pengakap sahaja tetapi juga kepada individu-individu yang telah banyak menyumbang dan berjasa kepada Pesekutuan Pengakap Malaysia.

          Aku sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah ( Zon Sentul ) ada antara penerima pingat tersebut.Dalam Zon Sentul hanya aku dan Pesuruhjaya Daerah sahaja yang menerima penganugerahan ini bagi pihak pengakap daerah.

         Majlis ini juga dijalankan serentak dengan majlis rumah terbuka PPM sempena Hari Raya Aidilfitri.

         Terima kasih Persekutuan Pengakap Malaysia kerana menghargai ahli-ahlinya diseluruh Malaysia yang banyak menyumbang tenaga dan bakti demi kelangsungan jatidiri anak-anak muda generasi masa depan.

" THEY SAID 1MALAYSIA , WE SAID 1WORLD "

1PROMISE

Monday, August 24, 2009

DI SEBALIK CERITA 6



Sememangnya tak bertanggungjawab.Kalau berita begini boleh disensasikan oleh mereka, apatah lagi cerita-cerita politik yang melabakan sesuatu pihak...
Kerana mereka.....rakyat bersengketa....

Thursday, August 20, 2009

Tuesday, August 18, 2009

DISEBALIK CERITA 4

Posting kali ini aku paparkan skrip penuh yang telah disiarkan melalui berita utama.



Ini pula akibat perancangan yang tidak menjadi serta anggota ekspedisi yang tidak berpengalaman menyebabkan sekumpulan pengakap terpaksa bermalam di puncak gunung semalaman.lebih malang tiga daripada mereka pula cedera setelah meredah dan mendaki gunug sejak pagi.Kira-kira 50 pengakap dan guru mereka memulakan pendakian dari Janda Baik, Pahang jam 10.00 pagi semalam dan sepatutnya menamatkan pendakian di Gunung Nuang ,Hulu Langat pada sebelah petangnya. Pengakap berusia antara 12 sehingga 16 tahun dari beberapa sekolah daerah Sentul yang menyertai ekspedisi Gunung Nuang setinggi 1500 meter.Aktiviti anjuran Persatuan Pengakap Daerah Sentul.Sepasukan anggota penyelamat dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia segera melancarkan operasi menyelamat sebaik menerima laporan daripada polis.Ketika ditemui kumpulan pengakap terbabit keletihan dan lapar akibat kehabisan bekalan makanan.Usaha membawa turun semua mangsa berakhir jam 3 petang tadi.


Jujurkah mereka ?





DISEBALIK CERITA 3

Pada 15 Ogos 2009, Pengakap Zon sentul telah melaksanakan satu ekspedisi ke Gunung Nuang melalui laluan Janda Baik ke Hulu Langat yang dijangka berakhir pada 16 Ogos 2009. Seramai 38 pengakap Muda dan Remaja ( 15 -17 tahun sahaja) telah menyahut cabaran ini.Juga diiringi 12 orang pengiring yang terdiri daripada Kelana , pemimpin dan BP Guild.
Hanya dua peserta yang gagal meneruskan ekspedisi dan telah dibawa turun sebelum tiba Puncak Nuang.Sepanjang ekspedisi para peserta mengharungi pelbagai cabaran yang hebat semasa pendakian.Cabaran yang terhebat adalah mengharungi hujan yang sangat lebat yang menyebabkan pergerakan para peserta menjadi sangat lambat.Ekoran dari pergerakan yang sangat lambat kerana laluan yang licin dan berisiko , ini membuatkan peserta ekspedisi
( 3 Patrol ) terpaksa menghentikan perjalanan.tambahan pula dalam keadaan hari semakin gelap.Mereka membuat keputusan untuk berkhemah dan bermalam di Dataran Pacat.Sementara itu, seramai 16 peserta ( 2 Patrol ) telah selamat sampai di "Base".
Disebabkan hubungan radio tidak berfungsi akibat rosak dimasuki air,mereka menghubungi balai polis Hulu Langat untuk memberitahu kedudukan dan situasi mereka dan berharap maklumat ini dapat disampaikan ke pihak urus setia di "Base"Kem Lolo( Kem Lolo tidak ada liputan talian telefon ).Pihak polis telah menelefon JPA3 untuk bantuan.
Sementara itu, di "Base",aku bersama komiti lain telah membuat keputusan untuk menjejaki kedudukan mereka ekoran hubungan yang terputus.Kami bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
Pada pukul 1.30 pagi ( 16 Ogos 2009 ) aku menyiapkan segala peralatan termasuk bekalan makanan dan secara bersendirian bergerak menuju puncak untuk menjejaki kedudukan peserta ekspedisi.Pada pukul 2.30 pagi aku menemui mereka di Dataran Pacat.Aku telah di maklumkan tentang apa yang telah berlaku.Keputusan mereka bermalam di Dataran Pacat adalah tepat.Tindakan mereka menelefon balai juga tepat.
Aku juga dimaklumkan bahawa terdapat 3 orang peserta yang mengalami kejang otot kaki tetapi tidak serius.Mereka masih boleh berjalan tetapi amat perlahan.Inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat tiba di "Base" seperti yang dijadualkan.Aku juga diberitahu bahawa mereka telah memaklumkan perkara ini ke Balai Polis Hulu Langat.....Aku terus ketawa...Sudah pasti JPA3 akan datang.
Setelah memastikan semua peserta dalam keadaan baik, aku meminta mereka berehat di Dataran Pacat dan teruskan perjalanan turun pada siang harinya.Aku akan memaklumkan pada urus setia di "Base" nanti.
Aku turun dari Dataran pacat jam 3.30 pagi.Pada pukul 4.00 pagi aku berselisih dengan pasukan JPA3.Aku memperkenalkan diri dan memaklumkan perkara yang sebenar.Aku meminta pasukan JPA3 tidak membawa mereka turun dalam keadaan gelap memandangkan keadaan mereka stabil.Aku meminta Pasukan JPA3 mengiringi peserta ekspedisi turun ke "Base"di Kem Lolo apabila keadaan mulai cerah.
Baki peserta yang bermalam di Dataran Pacat telah selamat tiba di "Base" lebih kurang pada pukul 10.00 pagi.Sebelum itu, peserta yang telah selamat tiba di ''Base" pada malam harinya telah diminta bergerak turun ke Pejabat Perhutanan dengan berjalan kaki pada pukul 9.00 pagi lagi.Manakala peserta yang baru tiba di "Base" pada sebelah paginya kami membawa mereka turun dengan menaiki pacuan 4 roda BP Guild dan geng dari Team Redah serta menumpang kenderaan JPA3 kerana mengejar masa untuk majlis penutupan dan ketibaan bas DBKL.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah dijalankan pada jam 1.00 petang.Para peserta bergerak pulang pada jam 2.30 petang.
Namun apa yang menghairankan,pada sebelah malam dalam berita jam 8.00 malam di saluran Buuletin Utama TVthree telah mengeluarkan berita yang bertajuk "Sesat".Intipati berita adalah 90% tidak tepat.Wartawan yang membuat laporan di tempat kejadian telah salah lapor ke bilik berita.Kami telah menghubungi wartawan tersebut iaitu Encik Shamsull
( 0192485711) ,namun dia tidak mengaku atas berita tersebut.Dia mengatakan bahawa tulisan beliau berkisar Tugas penyelamat oleh JPA3.Beliau seolah-olah cuba memindahkan kesalahan laporan berita tersebut di buat oleh editor di bilik berita TVthree.Kami hubungi bilik berita TVthree dan mereka mengatakan laporan diterima dari dia...

Kesimpulannya, mereka ini tidak bertanggungjawab.Akhirnya, nama pengakap menjadi buruk.Jabatan tak putus-putus menelefon meminta laporan lengkap.APA NAK BUAT.........

Pada posting selepas ini, akan saya paparkan skrip berita penuh yang disiarkan dalam BUUletin Utama di TVthree, jam 8.00 malam pada 16 Ogos 2009...

Kepada Pengakap Zon Sentul:
Syabas dan Tahniah atas keberanian dan kejayaan menganjurkan satu Ekspedisi yang ekstrem.Tahniah juga buat para peserta ekspedisi.JANGAN LUPA SIAPKAN BUKU LOG.

Saturday, August 1, 2009

DI SEBALIK CERITA 2





SERONOK berbicara sekiranya sesuatu itu bertepatan dengan kehendak kita.Bertambah seronok lagi berborak andaikata sesuatu itu sealiran dengan jiwa.Apatah lagi kiranya sesuatu yang berlaku itu sememangnya dunia kita.Dunia yang penuh cabaran.Dunia yang penuh dengan tuntutan pengorbanan.Tenaga...masa...keluarga.....wang ringgit....Itulah dunia KEPENGAKAPAN.Demi anak bangsa..Demi pewaris negara..SIAPA KISAH ?
NAMUN di sebalik penganjuran KEMPORI GOMBAK 2009 yang baru sahaja berlalu ada juga suara-suara yang nakal yang berbunyi :

1. Lain kali buatlah persediaan awal.Nak mohon apa-apa kan senang.Tengok sekarang, mintak kanopi tak dapat , mintak bas tak dapat, mintak itu tak dapat, mintak ini tak dapat.Kan payah..tak cukup barang..lain kali prepare la awal-awal....
Memang sedap bercakap,apatah lagi kata-kata yang terpacul itu dari mulut orang yang tak duduk dalam komiti J/kuasa Kempori apatah lagi orang itu sememangnya tak mahu pun melibatkan diri dengan J/kuasa daerah....
Persediaan Kempori Gombak 2009 telah di buat seawal tahun lagi.Sebelum program dihebahkan kepada seluruh warga gombak, kelulusan dari kementerian di Putrajaya perlu diperolehi..Sapa nak buat tu....Dari Putrajaya turun ke Negeri,dari negeri turun ke Daerah, dari daerah turun ke Sekolah.Kemudian, panggilan mesyuarat perlu dibuat.Tak semua dapat hadir kerana komitmen tugas hakiki yang perlu didahulukan....
mesyuarat tingkap terpaksa dijalankan....menghebahkan perkara..dan tugasan.Mesyuarat lagi...dan lagi..dan lagi..
Bab mintak bantuan daripada orang,banyak benda nak kena ambil kira.Kepentingan kita pada diorang dan kepentingan diorang pada kita...janji?...dah selalu dengar.Perkataan no problem,dah cemuih....akhirnya dah sememangnya diketahui apa jawapannya...buat surat hanya sebagai syarat.....pemanis mulut..bukan sekali..dah beberapa kali dah...Di penghujung ceritanya, kena cari kengkawan juga..menagih simpati...tapi bukan free.....ongkos perlu ada.

2. Kenapa buat kat templer ? tempat tu kan kecil.Sempit la.Prasarana tak cukup.sesak.cari la tempat yang selesa sikit...
Antara ayat yang disampaikan oleh teman seperjuangan.Tahukah mereka berapa yang perlu dibayar kepada tuan tanah sebagai sewa tapak kem?Contohnya Korobori di Kem Lembah Genting.Kempori di The Wood ?Adakah wang yuran penyertaan yang diterima cukup untuk menampung segala urusan ? jawapannya TIDAK.Nak naikkan yuran penyertaan ?Jabatan tak akan luluskan.Di mana jalannya nak mencari sumber kewangan ?Di atas batu jemala komiti daerahlah yang terpaksa memikirkannya.Ada yang yang membantu ?memberi jalan ? HARAMMM.....Hanya Kem Rimba Templer yang menyelamatkan .

3.Apsal yuran sampai RM 50.00.Wui....mahalnya...Kami nak masak sendiri.Kalau bagi kami masak sendiri,kami akan bawa 2 bas peserta.
Ayat yang pernah kami dengar dahulu.Gegar bagai guruh,tapi hampes.Dulu masa Korobori dan Kempori tak juga bawa 2 bas.Kalau komiti dah putuskan dalam mesyuarat.Apa hal pulak keistimewaan perlu diberi kepadanya.Apa hebatnya dia yang menyebabkan komiti perlu tunduk akan kehendak dia seorang.Lagi 51 wakil sekolah-sekolah lain tak berkata apa pun.Bukan orang lain..cikgu juga.....

4. Apa ni,bayar RM 50.00.Tempat tak selesa.Nak mandi payah.Air susah.Tandas pun susah...teruk la pengurusan..nak untung lebih la ni.....makan pun tak sedap.Tak berbaloi....
Memang sedap mulut berkata-kata.Sebab yang bercakap tak duduk dalam komiti pun.Yang nyata pastinya dia tak pernah pun mengelola program yang melibatkan kapasiti yang besar dengan duit yang sedikit.Adakah dengan nilai RM 50.00 itu dapat menampung semuanya dan menyediakan keselesaan.Tahukah orang yang berkata itu bahawa urusan sebelum memerlukan wang.Urusan semasa memerlukan wang.Urusan selepas juga memerlukan wang....UNTUNG ? Duduklah dalam komiti daerah..boleh tahu jawapannya..Dengan kewangan yang terhad hanya itu yang mampu daerah sediakan..bersyukurlah...!


Inilah antara suara-suara sumbang lagi sumbing yang dapat dipaparkan...... ada lagi......

Monday, July 27, 2009

DI SEBALIK CERITA 1




Barang kali mungkin ramai antara kita tidak kira peserta,pengiring,petugas ataupun pelaksana masih terasa bahang KEMPORI GOMBAK yang baru berlangsung baru-baru ini.Mungkin ramai lagi antara kita yang masih berbicara tentangnya di kedai kopi,di tempat kerja atau di port masing-masing.Bual bicaranya tentulah berkisar pada hari jadinya hinggalah ke malam penutupan.

Bagi peserta,mereka akan berbual tentang penganjuran Kempori,Keseronokan berkhemah,cabaran aktiviti,kepayahan yang dilalui,kekurangan yang ada,ketidak selesaan yang dilalui dan bermacam-macam lagi.

Buat pengiring pula,mungkin ada cerita-cerita tentang lecehnya mengurus budak-budak sekolah ini yang kemaruk nak ke Kempori.Mungkin ada juga cerita-cerita yang terpacul tentang kekurangan dan kelemahan penganjuran Kempori.Betapa seksanya pengiring-pengiring ini yang terpaksa berkampung bersama budak-budak.Ini tak ada, itu tak disedia,ini tak cukup,itu kurang...bla..bla..bla..

Apa pulak agaknya kata petugas? Barangkali ada yang berkata, demi pengakap dan anak bangsa aku sanggup berkorban.Kemungkinan juga ada yang bersembang-sembang sesama mereka betapa jayanya masing-masing melaksanakan tugas.Begitu juga bicara tentang betapa jayanya rakan-rakan yang bijak MENGELAT .Aku kerja lebih,dia kerja kurang..tapi sama-sama dapat nama.Tak ketinggalan bual bicara tentang kelemahan-kelemahan pihak pengurusan dalam merancang dan melaksana program...wallahhualam...

Bagaimana pula pihak pengurusan a.k.a AJK Induk ?Seperti lazimnya mereka akan kepeningan sama seperti sebelum hari jadi.Bual bicara mereka agak malap.Menyelesaikan kewangan Kempori,menyelesaikan iventori,menyelesaikan hutang piutang,mengira berapa pula wang tabungan telah terkeluar...seterusnya merancang bila pula nak buat mesyuarat...dan nak siapkan laporan.

Itulah serba sedikit cerita di sebalik cerita yang dapat dipaparkan.Namun jauh disudut hati....

BUKAN KEUNTUNGAN YANG DICARI TAPI KEPUASAN YANG DIKECAPI DALAM KEPENGAKAPAN.

salam pengakap.

Monday, June 1, 2009

Thursday, April 30, 2009

MASA LALU


Petang tadi dalam pukul 6.30 aku menerima MMS yang sangat mengujakan hatiku.MMS daripada seseorang yang sangat baik denganku masa kat Sek.Men. Dato Hj Hussein, Selama, Perak.GAMBAR AKU MASA DI TINGKATAN 4.Orangnya comel, peramah dan pandai berkawan.Walaupun aku dengan dia sama umur dan sama kelas dari tingkatan empat hingga ke tingkatan enam.Oleh kerana aku lahir bulan Januari manakala dia lahir hujung tahun maka, aku memanggilnya adik a.k.a Dek La.

Sehingga kini, kami masih bertanya khabar.Kembali kepada cerita gambar.Aku rasa aku ada simpan satu gambar tu tapi sejak famili aku berpindah dari Selama ke Tambun,Ipoh ,aku dah tak tahu kemana perginya simpanan gambar-gambar aku.banyak dah missing..

Kekadang dalam ramai-ramai kawan,ada juga yang hilang dalam ingatan kita.Sama ada hilang dari segi rupa paras ataupun nama.Itulah sifat manusia...pelupa..

Gambar ini diambil semasa aku sedang melukis.Maklum la ,pada masa tu akulah antara pelukis handalan ..he he he.

terima kasih Dek La a.k.a Zusuhaila bt Abd Mutalib.

Sunday, April 26, 2009

SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA 2





SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA







PERHIMPUNAN RAKSASA SAMBUTAN 100 TAHUN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA telah berlangsung dengan gahnya di Stadium Negara pada 25 April 2009.Perhimpunan ini diadakan bagi meraikan seluruh warga pengakap yang telah bertapak di bumi Malaysia sejak 100 tahun dahulu.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada sambutan ini ialah :

1. Ketua Pengakap Negara        - Dato' Seri Dr. Hj. Shafie bin Hj Mohd Salleh

2. Presiden Agung Kehormat    - Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi

3. Menteri Belia  dan Sukan      - Datuk Ahmad Shabery Cheek

4.Timb. Perdana Menteri          - Tan Sri Muhyidin Yassin

Stadium negara penuh sesak dengan kehadiran kira-kira 7000 warga pengakap dari seluruh negara yang hadir bersama-sama bagi memeriahkan sambutan.

Sempena sambutan 100 tahun ini,seramai 117 orang warga pengakap dianugerahkan PINGAT PERINGATAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA.

Terima kasih kepada BANK RAKYAT kerana sudi menjadi PENAJA utama sambutan.

Terima kasih kepada semua warga kerja SAMBUTAN.

Monday, April 13, 2009

SETELAH 23 TAHUN


Anak muda era 90-an...apa yang mereka tahu tentang peristiwa bersejarah hiburan tanah air  yang pernah berlaku di sini...Anak-anak millineum..?

- JALAN CHOW KIT - 2009.

Sunday, April 12, 2009

23 TAHUN YANG LALU







Tanggal 15 April 1986 merupakan hari yang amat bersejarah dalam industri hiburan tanah air.Tarikh keramat itu masih tetap gah hingga ke hari ini.Dengan ribuan penyanyi dan penghibur yang muncul dan muncul lagi dan akan terus muncul.Namun, masih belum ada yang dapat menandinginya.Tidak keterlaluan jika saya katakan untuk menghampiri pencapaian seperti beliau juga belum ada.

Pada tarikh keramat itulah, Malaysia digegarkan dengan sorakan, jeritan dan tepukan paling gemuruh dalam lipatan sejarah hiburan tanah air.Seorang pemuda kecil molek.Hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter telah berjaya menghimpunkan lebih 100 ribu manusia marhean di satu tempat yang tak pernah terfikir oleh sesiapa pun - JALAN CHOW KIT.

Di sinilah gegarannya...

Tanggal 15 April 1986, Sudirman Hj. Arshad telah membuktikan kehebatan dan auranya.Beliau telah mengadakan konsert percuma sebagai tanda terima kasih kepada seluruh peminat beliau.Bersama kehadiran lebih 100 ribu penonton, konsert beliau telah diiktiraf dalam "MALAYSIA BOOK OF RECORD".

Setelah 23 tahun berlalu, masih belum ada seorang penyanyi pun yang dapat melakukan seperti mana yang telah dilakukan oleh insan yang bernama SUDIRMAN.

AL FATIHAH.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.....amin.

Monday, March 23, 2009

DISEBALIK JERAI



Banyak Tempat Untuk Dilawati , Banyak Lagi Untuk Diterokai..Itulah kata-kata azimat ZOOM Malaysia...

Gunung Jerai , begitu sinonim dengan warga Kedah.Begitu juga dalam kalender pelancongan Malaysia.Apa yang menarik sangat ? Bukannya gunung tertinggi di Semenanjung Tanah Melayu. Keindahan panoramanya ? Tidak seindah puncak Tahan...entahlah..Hanya warga tempatan dapat menjelaskan....atau mungkin Gunung Jerai ini merupakan puncak yang boleh lawati dengan berkenderaan.

Namun, tidak ramai yang mengetahui rahsia yang tersimpan disebalik Jerai ini.Khazanah yang tersembunyi sekian lama.Khazanah yang belum dinodai oleh manusia.

Inilah panorama yang aku jumpai semasa menjejak puncak jerai dari belakang.Laluan yang aku gunakan adalah dari Bukit Tupah di Merbok.Sepanjang pengalaman aku mendaki gunung, belum pernah aku menemui khazanah rimba yang sebanyak di Gunung Jerai...Antara khazanah yang aku temui....beberapa ekor rusa...kambing hutan ( hanya jumpa tempat lepaknya )...Laman burung kuang....dua ekor burung kenyalang berwarna putih hitam....gua a.k.a tempat lepak landak...markas-markas tenggiling...berpuluh-puluh pokok herba dan yang pastinya air terjun yang nyaman ini.....

Bagi Sang Pemburu, mungkin ini lokasi yang menarik.Begitu juga bagi Sang Pengamal Perubatan Tradisional.

Bagi aku, biarlah lokasi ini menjadi rahsia antara  Aku , Dek Wan , Aki dan beberapa orang kampungku...Biarlah khazanah itu aman disitu....

Aku tidak mahu terjadi seperti mana mereka menodai Bukit Singkir ( Bukit Singkiaq ) yang kini telah BOGEL.