Tuesday, October 28, 2008

lapan tolak dua tolak dua tolak dua






Bukit ini pernah aku bicarakan bersama Yusuf Rawi, Cik Din, Siva , Hj. Baharul dan mendiang Wong pada tahun 2002.Cerita itu sebelum aku bersama mereka ke Gunung Tahan.Kami memanggil bukit ini " DRAGONBACK".Namun entah di mana silapnya, cerita itu senyap.Setelah enam tahun berlalu,Baru kini aku dapat menjejakkan kaki ke puncaknya bersama Bentara Gunung.Itupun setelah setahun setengah aku mengadap bukit itu setiap hari dari balkoni dapurku di tingkat lima.Terima kasih kengkawan kerana menarik diri di saat akhir untuk ke Gunung Irau.Asalnya nak ke Irau seramai lapan orang.pas tu, sorang-sorang tarik diri.Jika tidak kerana mereka, mungkin bukit itu masih lagi sekadar menjadi santapan mataku setiap hari.Terima kasih Bentara Gunung kerana sudi menjadi jurupandu.TERIMA KASIH BUKIT TABUR.Syukur.......

Sunday, October 26, 2008

FLYING FOX






Antara aktiviti "flying fox" yang pernah dibuat.

Gambar 1, masa program di SK Sri Permai.Gambar 2 dan 3 pulak masa program Kempori Pengakap 2007 di Ulu yam Wood.Haa..yang nampak macam lubang gua tu ialah gambar program SK Menjalara.Aktiviti masa tu ialah menjelajah gua dan "flying fox".Gambar akhir ialah gambar di Sekolah Sri Inai.Terima kasih kawan-kawan yang banyak membantu..

Saturday, October 25, 2008

Gua Wira Damai, Batu Caves





Program ini dibuat di sekitar Gombak.Aktiviti menjelajah gua yang terletak di Kampung Wira Damai, Batu Caves ini amat kurang dipromosikan.Kawasan ini amat sesuai bagi aktiviti ekplorasi gua, memanjat tebing batu, aktiviti tali tinggi dan yang terbaru ialah payung terjun( terjun bebas).

Thursday, October 23, 2008

Rakan Jambori






Ini antara gambar Jambori Nasional ke-11 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan 2007.Ini adalah antara pengakap luar negara yang menyertainya.Sebelum tamat jambori ini, Selangor telah mencanang satu Malaya bahawa akan menjadi tuan rumah berikutnya..Entahlah, tak dengar apa-apa berita pun....Kata nak buat jambori negeri, tapi senyap dan sunyi...Jambori Nasional pulak, tak tahu sampai mana "progress"nya..

Tuesday, October 21, 2008

Bentara Gunung


haa. ada pun gambarnya..Ini adalah gambar seorang ahli pengakap dalam kumpulan Kelana Gombak yang lain dari yang lain.Jiwa pengakapnya kental.Selalu bergerak "lone ranger".Teringat aku kat member aku "Lan misteri".Seorang yang berjiwa halus.Tak banyak cakap.Suka buat keje sorang sorang.Aku tak penah tengok dia pakai baju lengan pendek.tak penah aku nengok dia tanpa topi.Aku tak penah tengok dia pakai selipar.memanjangnya berkasut. MISTERIKAN KAWAN AKU NI...

Monday, October 20, 2008

AKU ANAK DIDIKNYA


Ini gambar yang paling mencengkam jiwa aku.Gambar ini diambil semasa Jambori Nasional di Negeri Sembilan 2007.Yang sebelah kiri tu(pakai uniform) adalah junior aku masa di SMK Dato' Hj Hussain, Selama, Perak.Kat sebelah dia,yang berbaju kuning  memakai tag nama tu ialah...jeng..jeng...jeng....DC aku masa aku berpengakap zaman sekolah menengah dulu.lewat 80-an...Dua lagi tu,kawan depa la...Kebetulan Kontinjen aku bertentang dengan kontinjen mereka ( Perak Darul Ridzuan ) ....TAKDIR TUHAN.....

Gunung Datuk Bersama Kelana Gombak



Ini adalah gambar sekumpulan Pengakap Kelana Gombak yang berada di puncak Gunung Datuk,Negeri Sembilan.Terima kasih Badd kerana bersungguh-sungguh menjayakan program pendakian ini.

Majlis Berbuka Puasa Kelana Gombak




Ini adalah geng aku dalam Kelana.Gambor ni adalah semasa majlis berbuka puasa Kelana Gombak.Diadakan di Taman Ehsan.Yang hadir dalam 30 orang...Tahniah Kelana atas daya usaha mengadakan majlis murni seumpamanya.Teruskan aspirasi demi agama,bangsa dan tanah air.

Sunday, October 19, 2008

KURSUS MANIK KAYU MODUL C PM /PR





Aku and the gang.Disinilah aku ngan kawan-kawan berkursus.Tapi sayang,dalam 60 senarai nama peserta hanya 33 orang sahaja yang datang. 1 ahli kehormat.1 dari Negeri Sembilan..

tapi yang paling aku sedih,ada nama yang tercicir dalam surat panggilan.kawan aku jugak tu..Dalam senarai nama Gombak ada 19 orang.Yang datang mendaftar hanya 7 orang sahaja.Walau apa pun,aku ucapkan tahniah kepada kawan-kawan aku yang telah berjaya menamatkan kursus.Jumpa di KURSUS MANIK KAYU, Modul D.

Tarikh Kursus  : 17 -19 Oktober 2008

Tempat             : SK Kuala Pomson.

Thursday, October 16, 2008

Golf Zulu Limo


Orang paling penting setiap perkhemahan pengakap Gombak.Orangnya sentiasa senyum.Tak pernah mengeluh.Sanggup berkorban demi anak didiknya dalam berpengakap.Sanggup mengorbankan Caravannya untuk mengangkut peralatan pengakap.Chef PPMDG merangkap Imam Besar PPMDG merangakap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Gombak ( kerohanian ).Aku respect kat dia...

Hari Itu dalam Sejarah

Dua tiga hari kebelakangan ni isu sejarah menjadi bualan.Akibat pertembungan politik, ramai orang nak bercakap pasal sejarah.Disebabkan BOS besar bangkitkan pasal sejarah,berduyun-duyun Si Culai-Culai nak beri respon pasal sejarah,walaupun mereka- mereka ini pun bukan  tahu sangat pasal sejarah.Setakat tahu tarikh Merdeka dan Tarikh penubuhan Malaysia jer.... agaknya la....pun, nak bercakap pasal sejarah.

Yang menjadi mangsanya,sekolah.sekolah apa? Sekolah Rendah.Subjek Sejarah nak disumbatkan kembali dalam pendidikan di sekolah.Bertambah lagi waktu budak nak belajar.Bertambah lagi kertas periksa budak.Bertambah lagi buku budak.bertambah lagi berat beg budak.Bertambah lagi bebelan mak bapak budak...

Dulu, di zaman aku ambil Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah,aku belajar subjek Sejarah.Lama kelamaan, diorang komplen sebab belajar sejarah tidak menjamin kerjaya masa depan dan tidak menjurus kepada kemajuan negara...Yang penting ialah sains.Disebabkan mudah melatah, subjek sejarah dipadamkan.Penekanan kepada ilmu sains dijulang melangit.Sejarah sekadar diselitkan sedikit dalam subjek Bahasa Melayu.Ala kadar....Guru Bahasa Melayu dah merangkap guru sejarah..mmm.

Apa masalahnya?Subjek sejarah diajar kembali disekolah rendah?Tiada salahnya,cuma kekadang terfikir tidakkah budak-budak hingusan ini merupakan mangsa kepada kebutaan mereka-mereka dalam politikus arus perdana...Apalah sangat sejarah yang mereka nak belajar dan hayati berbanding budak-budak remaja yang dah boleh berfikir....sesuaikah pada budak-budak hingusan ini....mmmmm.

Wednesday, October 15, 2008

Mike Papa Tanggo


Ini dia orang kuat Pengakap yang mewakil walikan Gombak di Selangor.member aku sorang ni dah lama berpengakap.La ni dia dah jadi orang kuat negeri.Tiga bead.Kat Gombak ni dia Penolong Pesuruhjaya Daerah ( perhubungan ).Sapa sapa nak jalin hubungan, boleh la kontek dia...dia mesra rakyat....hubungan kepengakapan haa......lain tarak....

Golf Delta Echo


Tu dia..Dia ni tak la berapa lama aku kenal. Kira dalam setahun jagung ja.Kalu dia ada dalam apa program pun, mesti meriah. Orangnya memanjang ceria.Dialah penghibur kengkawan.Kelebihan dia, buleh jadi pemimpin ad-hoc.Teringat aku masa Kempori Selangor 2008....

9W2GRR


Dia ni...?Aku kenal setahun dua ni ja.Jiwa pengakap 100%.Sebut ja pasal pengakap..hilang sakit kronik dia...Dalam keadaan bertopang pun sanggup menjayakan Korobori Gombak 2008.Tak pernah aku jumpa orang berjiwa pengakap cam dia...Dulu dia pernah menjawat Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak ( Kelana ).Dengan aku kira ngam juga la...satu line..La ni dah jadi ADC ( Pengakap Remaja ).

Tuesday, October 14, 2008

Golf Sierra Alfa


Ini kawe aku gak.Kenal dah lama.Sejak 1994. ngamnya baru je....Dulu dia ni senior aku kat maktab.Pengerusi Pengakap kat maktab.Kenal gitu gitu ja.La ni, dia dah jadi ngam..Lagi pun dah duduk dalam satu team..Maklum la, Bendahari Kehormat Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Gombak.

MAINAN KESAYANGANKU




                                                                                        Inilah mainan kesayanganku.Aku miliki tiga tahun yang lalu akibat Hondaku tenggelam di Bukit Merah.Gambar ini diambil semasa program "Konvoi Kemerdekaan 2007".

Monday, October 13, 2008

Duit duit duit


Juruwang PPMDG.Kawanku juga, merangkap kawan kamcing "bentara guru"ku.Dari dulu aku kenal,tugas dia asyik kutip duit, pegang duit, keluar resit..Jiwa dia, rock kapak..Pengakap maut...Dia merupakan Penolong Pesuruhjaya Tugas-tugas Khas ( PKK ) daerah Gombak.

Golf Romeo Mike


Satu lagi kawanku.orang kuat pengakap Gombak.aktif melampau.Orang kuat Pusat Ko.Orang kuat surau.....Jiran aku ni..Selang dua blok je.Kenal tak lama..boleh ngam.Minat giler ngan fotografi..sesapa nak amik gambor untuk ape ape majlis, boleh contact dia.Majlis kahwin? lagi la boleh...Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak.( Program ).

25% ha....

BOS AKU PPMDG


Kawan? Ya, ini juga kawanku.Dah lama...? tak la berapa lama.kenal dah lama, kamcingnya saja baru.Dulu, aku kenal sebab selalu hantar "bentara guru" ke program pengakap daerah Gombak.Kenal gitu-gitu aje.Bila dah lama asyik jadi tukang hantar, dia ajak aku join Gombak. Sedangkan aku daerah Kepong, KL.Aku pun join la Pengakap Gombak.Sekarang dah jadi geng..Boleh kongsi rokok"surya" lagi.Inilah dia Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak sesi 2008 - 2010 yang disayangi seluruh warga PPMDG.Boosss....

Sunday, October 12, 2008

Setiausaha Kehormat


Ini kawanku.Aku kenal sejak tahun 1997.Dulu dia adalah guru pembimbing aku semasa aku praktikum di SK Taman Selaseh.Wajah garang ya amat.Nak minta tunjuk ajar pun risau..maklum la, guru disiplin.tapi sebenarnya hatinya baik sangat..Sekarang dia dah jadi geng dengan aku.lepak kedai kopi sesama.

La ni, dia dah jadi ketua aku.Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Gombak sesi 2008 -2010.Aku..? penolong dia aje...