Tuesday, November 11, 2008

9W2FRR


Mamat sorang ni memang minat giler ngan radio ham.Dalam team Pengakap Gombak, kalau tak silap aku la dialah orang pertama yang ada callsign.Dialah penggerak radio ham Pengakap Gombak.Tahun ini sahaja sudah 8 orang pengakap Gombak lulus ujian RAE.Tidak lama lagi Pengakap Gombak akan mewujudkan Unit Komunikasi Radio di bawah kelolaan Pengakap Kelana Gombak.Tidak lama lagi Gombak akan jadi base untuk JOTA.Terima kasih 9W2FRR kerana kesungguhan anda..Pastikan apa yang telah kita rancang menjadi KENYATAAN.

Monday, November 10, 2008

SEJARAH






Orang sibuk bercakap pasal sejarah.Si Polan kata Si Mamat tu tak tahu sejarah. Si Chai kata Si Yeop buta sejarah.Depa dok tunding-menunding,last-last bebudak jadi mangsa.Bebudak ni jugak yang terpaksa disogok dengan sejarah, kononnya supaya generasi akan datang tak buta sejarah.Dulu masa depa kecik,depa tak belajaq sejarah ka..?Tengok gambaq ni.Ini gambor bebudak sekolah cina..tiap-tiap tahun, depa meraikan Hari bersejarah Malaysia.Depa ni tak tau sejarah ke..Depa ni tau sejarah..sejarah yang ikut tahap depa la..Nii..hat tua bangka ni..penghayatan hang pa kut mana..?setakat lekat bendera atas keta, tak jadi......Ada hang pa ikut perarakan? Ada pi dengaq ceramah atau bagi ceramah ?Ada hang pa ajaq atau bercerita pasal sejarah pada anak-anak hang pa..? Lu pikiaq la sendiri.....BUKAN TUGAS GURU SAHAJA MENGAJAR SEJARAH, MAK BAPAK JUGA KENA AJAR SEJARAH PADA ANAK-ANAK....

Thursday, November 6, 2008

MODUL D la pulak






Tanggal 31 Oktober - 3 November 2009 berlangsungnya Kursus Manik Kayu Modul  D  PM/PR.Masih lagi di tempat yang sama- SK Kuala Pomson.Kepada rakan rakan yang tak berkesempatan melengkapkan kursus, jangan putus asa..lengkapkanlah pada tahun hadapan..kepada yang telah tamat kursus, Tahniah diucapkan..