Monday, January 19, 2009

SEMALAM DALAM SEJARAH 4




1983 aku berpindah dari Bidor ke Selama, Perak. Sebuah pekan yang  dalam daerah paling mundur pada zaman itu...Pemilik kereta di daerah ini boleh dikira dengan jari...selepas maghrib pekan Selama sepi seperti di landa garuda.

         Di sekolah inilah aku menyambung pendidikanku.Antara guru-guru yang masih ku ingati ialah :

1. Cikgu Onn Lay Wah

2. Cikgu Yaakop

3. Cikgu Letchumanan

4. Cikgu Shamsudin

5. Cikgu Awang

7. Ustazah Faridah

8.Cikgu Embun

9. Guru Besar K. Kanikasamy

10. Guru Besar Azahari

         Dulu sekolah aku adalah SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN JALAN MENTERI. Kini telah bertukar menjadi SEKOLAH KEBANGSAAN SELAMA.

         Tapi yang paling ku ingati ialah Cikgu kesayangan...Cikgu Oon Lay Wah.Beliau mengajarku dari darjah tiga hingga darjah enam...Zaman itu, sekolahku beraliran inggeris.Dari sekolah kebangsaan ke sekolah sekolah rendah kebangsaan...Motto sekolahku " SYSTEM IS POWER".Aku bangga motto itu dikekalkan hingga kini....

      Pada zaman itu,gred sekolahku amat tinggi..kalau setakat Peperiksaan Penilaian mendapat 4A 1B , jangan mimpi untuk masuk ke sekolah berasrama...Tapi jika di sekolah kebangsaan pada zaman itu...mendapat 3A 2B pun masih ada harapan tinggi untuk ke sekolah berasrama...

     Setelah 23 tahun aku meninggalkan sekolah rendah, namun memori suka duka di sana masih segar dalam ingatanku.....

   Buat warga SRK Jalan Menteri     a.k.a    SK Selama, teruskan perjuangan dan kecemerlangan. Rekod pencapaian peratusan keputusan Bahasa Inggeris tertinggi masih belum dapat diatasi hingga kini.

Friday, January 16, 2009

35 TAHUN YANG LALU


 

35 tahun yang lalu wajah ini berada di Sungai Baru ,Rungkup, Perak....

35 tahun yang lalu wajah ini menanti penuh debaran....

35 tahun yang lalu wajah ini menghitung setiap detik masa yang berlalu...

35 tahun yang lalu wajah ini gelisah menanti waktu......

35 tahun yang lalu wajah ini menanti saat bertukar status....

35 tahun yang lalu wajah ini mempertaruhkan nyawa......

35 tahun yang lalu wajah ini bertempur dengan maut.....

35 tahun yang lalu wajah ini mengharungi saat - saat getir.....

Jam 9.00 pagi , 16 Januari, 35 tahun yang lalu wajah ini menamatkan saat saat kepayahan...

35 tahun yang lalu wajah ini ceria dengan dunia baru.....

35 tahun yang lalu wajah ini yang melahirkan aku...

35 tahun yang lalu wajah ini bergelar ibu......

35 tahun yang lalu wajah ini membesarkan aku....

35 tahun telah berlalu....wajah ini sentiasa dalam diriku.....

terima kasih ibu kerana melahirkanku...

halalkan segala yang mengalir dalam tubuhku....

ampunkan segala dosa dosa ku......

...Ibuku....LATIFAH BINTI MOHD NOOR.....

..Buat AYAHANDA....pengorbananmu mendewasakanku tidak dapat ku balas seumur hidupku...

ampunkan segala dosa-dosaku terhadapmu.....

...Anakmu....

Thursday, January 15, 2009

SEMALAM DALAM SEJARAH 3




Setelah tamat prasekolah di Changkat Jering , aku sekeluarga berpindah ke Bidor pada tahun 1981.Di sinilah aku bersekolah hingga darjah dua.Tak banyak kenangan di sekolah ini yang dapat aku ingati.Yang aku ingat hanya cikgu kelas aku iaitu Cikgu Low..dan cikgu besar Encik Kamarul Zaman...Tapi satu kenangan yang sentiasa dalam kenangan adalah perjalananku untuk ke sekolah.Dari rumah ke sekolah jaraknya 2 kilometer lebih..jalan kaki nak ke sekolah.Aku tinggal di Kuarters JKR Jln Bruseh.Buat  warga Sekolah Kebangsaan Bidor , aku merupakan Ex-student 1981-1982....

Friday, January 9, 2009

SEMALAM DALAM SEJARAH 2





1980...Di sinilah tempat aku mula mula menjejakkan kaki untuk melatih diri ke alam persekolahan.Aku bersekolah tadika di sini.Dulu bagunan ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian atas merupakan surau manakala bahagian bawahnya adalah tadika, tempat aku belajar....Gambar ini ku ambil pada bulan Disember 2008. syahdu...bentuk dan strukturnya masih seperti 27 tahun yang lalu....

Sekolah tadikaku ini terletak 200 meter selepas keluar tol Changkat Jering....Dulu aku tinggal di Kuarters JKR Changkat Jering...jalan kaki 2 kilometer,rentas kampung untuk ke sekolah......

Wednesday, January 7, 2009

SEMALAM DALAM SEJARAH




Semalam adalah hari yang bersejarah dalam hidup aku.aku menemui laman web sekolah rendah keduaku..tak sangka begitu hebat ex-sekolahku..Dulu sekolah aku adalah Sekolah Rendah Kebangsaan. Kini dah jadi Sekolah Kebangsaan..

Aku berpindah ke SRK Jln Menteri pd 1983 ( darjah tiga )..Yang bestnya, pada tahun 2009 cikgu aku dulu masih ada di situ.tinggal 2 org je..

                                                     1. Cikgu Oon Lay wah ( Cikgu English )

                                                     2. Ustazah Faridah

                                                     Betapa gumbiranya hatiku.....

                                                     Aku rindu sekolah lamaku......isk isk isk..