Monday, March 23, 2009

DISEBALIK JERAI



Banyak Tempat Untuk Dilawati , Banyak Lagi Untuk Diterokai..Itulah kata-kata azimat ZOOM Malaysia...

Gunung Jerai , begitu sinonim dengan warga Kedah.Begitu juga dalam kalender pelancongan Malaysia.Apa yang menarik sangat ? Bukannya gunung tertinggi di Semenanjung Tanah Melayu. Keindahan panoramanya ? Tidak seindah puncak Tahan...entahlah..Hanya warga tempatan dapat menjelaskan....atau mungkin Gunung Jerai ini merupakan puncak yang boleh lawati dengan berkenderaan.

Namun, tidak ramai yang mengetahui rahsia yang tersimpan disebalik Jerai ini.Khazanah yang tersembunyi sekian lama.Khazanah yang belum dinodai oleh manusia.

Inilah panorama yang aku jumpai semasa menjejak puncak jerai dari belakang.Laluan yang aku gunakan adalah dari Bukit Tupah di Merbok.Sepanjang pengalaman aku mendaki gunung, belum pernah aku menemui khazanah rimba yang sebanyak di Gunung Jerai...Antara khazanah yang aku temui....beberapa ekor rusa...kambing hutan ( hanya jumpa tempat lepaknya )...Laman burung kuang....dua ekor burung kenyalang berwarna putih hitam....gua a.k.a tempat lepak landak...markas-markas tenggiling...berpuluh-puluh pokok herba dan yang pastinya air terjun yang nyaman ini.....

Bagi Sang Pemburu, mungkin ini lokasi yang menarik.Begitu juga bagi Sang Pengamal Perubatan Tradisional.

Bagi aku, biarlah lokasi ini menjadi rahsia antara  Aku , Dek Wan , Aki dan beberapa orang kampungku...Biarlah khazanah itu aman disitu....

Aku tidak mahu terjadi seperti mana mereka menodai Bukit Singkir ( Bukit Singkiaq ) yang kini telah BOGEL.

Monday, March 9, 2009

TRANSFORMER PENGAKAP GOMBAK




Mungkin ramai yang pernah mendengar atau menonton cerita Transformer.Dari era 80-an hingga kini, pengaruhnya masih kuat.Dari sekecil-kecil budak hinggalah ke bapa budak.Dari pengaruh tv hingga ke filem.Dari stiker hinggalah ke barang permainan.Gelombangnya tersebar ke seluruh dunia.Begitulah hebatnya Hollywood a.k.a Amerika menyelamatkan dunia...Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa teknologi transformer ini telah lama ada di Malaysia.  Hakikatnya ,           " Blueprint" inilah yang menjadi titik tolak kepada teknologi yang tercipta kini.

LIHATLAH DUNIA...TRANFORMER YANG PERTAMA DICIPTA OLEH ANAK TEMPATAN...

SIAPAKAH PENCIPTANYA ?

SIAPAKAH PEMILIKNYA ?

Kenderaan ini dicipta untuk kegunaan di daratan dan lautan, khas buat PPMDG....

Wednesday, March 4, 2009

SAINGANKU



Mmm..ini dia yee...sainganku.

SEIRING DAN SEJALAN




Inilah kereta kesayanganku.

Akan ku saingi keta putih di atas pabila bertemu di lebuhraya kelak...nantikan....boley ka...mmm.