Thursday, April 30, 2009

MASA LALU


Petang tadi dalam pukul 6.30 aku menerima MMS yang sangat mengujakan hatiku.MMS daripada seseorang yang sangat baik denganku masa kat Sek.Men. Dato Hj Hussein, Selama, Perak.GAMBAR AKU MASA DI TINGKATAN 4.Orangnya comel, peramah dan pandai berkawan.Walaupun aku dengan dia sama umur dan sama kelas dari tingkatan empat hingga ke tingkatan enam.Oleh kerana aku lahir bulan Januari manakala dia lahir hujung tahun maka, aku memanggilnya adik a.k.a Dek La.

Sehingga kini, kami masih bertanya khabar.Kembali kepada cerita gambar.Aku rasa aku ada simpan satu gambar tu tapi sejak famili aku berpindah dari Selama ke Tambun,Ipoh ,aku dah tak tahu kemana perginya simpanan gambar-gambar aku.banyak dah missing..

Kekadang dalam ramai-ramai kawan,ada juga yang hilang dalam ingatan kita.Sama ada hilang dari segi rupa paras ataupun nama.Itulah sifat manusia...pelupa..

Gambar ini diambil semasa aku sedang melukis.Maklum la ,pada masa tu akulah antara pelukis handalan ..he he he.

terima kasih Dek La a.k.a Zusuhaila bt Abd Mutalib.

Sunday, April 26, 2009

SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA 2





SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA







PERHIMPUNAN RAKSASA SAMBUTAN 100 TAHUN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA telah berlangsung dengan gahnya di Stadium Negara pada 25 April 2009.Perhimpunan ini diadakan bagi meraikan seluruh warga pengakap yang telah bertapak di bumi Malaysia sejak 100 tahun dahulu.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada sambutan ini ialah :

1. Ketua Pengakap Negara        - Dato' Seri Dr. Hj. Shafie bin Hj Mohd Salleh

2. Presiden Agung Kehormat    - Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi

3. Menteri Belia  dan Sukan      - Datuk Ahmad Shabery Cheek

4.Timb. Perdana Menteri          - Tan Sri Muhyidin Yassin

Stadium negara penuh sesak dengan kehadiran kira-kira 7000 warga pengakap dari seluruh negara yang hadir bersama-sama bagi memeriahkan sambutan.

Sempena sambutan 100 tahun ini,seramai 117 orang warga pengakap dianugerahkan PINGAT PERINGATAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA.

Terima kasih kepada BANK RAKYAT kerana sudi menjadi PENAJA utama sambutan.

Terima kasih kepada semua warga kerja SAMBUTAN.

Monday, April 13, 2009

SETELAH 23 TAHUN


Anak muda era 90-an...apa yang mereka tahu tentang peristiwa bersejarah hiburan tanah air  yang pernah berlaku di sini...Anak-anak millineum..?

- JALAN CHOW KIT - 2009.

Sunday, April 12, 2009

23 TAHUN YANG LALU







Tanggal 15 April 1986 merupakan hari yang amat bersejarah dalam industri hiburan tanah air.Tarikh keramat itu masih tetap gah hingga ke hari ini.Dengan ribuan penyanyi dan penghibur yang muncul dan muncul lagi dan akan terus muncul.Namun, masih belum ada yang dapat menandinginya.Tidak keterlaluan jika saya katakan untuk menghampiri pencapaian seperti beliau juga belum ada.

Pada tarikh keramat itulah, Malaysia digegarkan dengan sorakan, jeritan dan tepukan paling gemuruh dalam lipatan sejarah hiburan tanah air.Seorang pemuda kecil molek.Hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter telah berjaya menghimpunkan lebih 100 ribu manusia marhean di satu tempat yang tak pernah terfikir oleh sesiapa pun - JALAN CHOW KIT.

Di sinilah gegarannya...

Tanggal 15 April 1986, Sudirman Hj. Arshad telah membuktikan kehebatan dan auranya.Beliau telah mengadakan konsert percuma sebagai tanda terima kasih kepada seluruh peminat beliau.Bersama kehadiran lebih 100 ribu penonton, konsert beliau telah diiktiraf dalam "MALAYSIA BOOK OF RECORD".

Setelah 23 tahun berlalu, masih belum ada seorang penyanyi pun yang dapat melakukan seperti mana yang telah dilakukan oleh insan yang bernama SUDIRMAN.

AL FATIHAH.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.....amin.