Tuesday, February 23, 2010

MENYEPI MENCARI JAWAPAN YANG TAK SUDAH

Sudah lama aku tak mengemaskini blog ini.Bukan sudah malas atau terlalu sibuk untuk mengemaskini,cuma tak ada cerita-cerita menarik untuk dipaparkan.
Sempena tahun 2010 ini, aku ingin mulakan entri KEPENGAKAPAN dengan kisah PENDAFTARAN KEAHLIAN.Aku mengenali pengakap sejak tahun 1983.Perkhemahan pertama aku di padang bola sepak SJKT Selama,Perak.Perkhemahan sempena Hari Pengakap Sedunia.
Perkhemahan terakhirku semasa alam persekolahan adalah semasa aku di Tingkatan Enam ,SMK Dato' Hj. Hussein, Selama ,Perak.Empat hari lagi aku akan menghadapi STPM.Pada waktu itu aku bertungkus lumus membantu Ustaz Salim membuka dan meneroka kawasan hutan di Lata Ulu Mengkuang untuk dijadikan tapak perkhemahan pengakap muda dan remaja pada waktu itu.
Kenangan kepengakapan yang cukup panjang buatku untuk diingati.Sepanjang aku berpengakap di sekolah rendah di SRK Jalan Mentri a.k.a SK Selama,aku tak pernah menerima kad keahlian pengakap walaupun setiap tahun pendaftaran dibuat.Sepanjang di sekolah menengah, kalau tak silap hanya dua kali aku menerima kad keahlian,itu pun pada hujung tahun.Dalam tempoh 7 tahun berpengakap di sekolah menengah,hanya 2 kali sahaja kad keahlian dapat ku peroleh.Sedangkan setiap tahun pendaftaran dibuat.
Kini sudah tahun 2010.Zaman kemajuan teknologi,zaman kecekapan pengurusan berteraskan teknologi perkomputeran.Namun,masalah pendaftaran keahlian pengakap masih menjadi masalah utama kumpulan-kumpulan pengakap di seluruh Malaysia.Permasalahan yang tiada sudahnya.Pendaftaran dibuat,kad keahlian tidak diperoleh.Ada kumpulan yang menerima,tapi pada penghujung bulan Disember,sedangkan tarikh sah hingga bulan Mac.Kad keahlian hanya sah untuk tempoh 3 bulan sahaja sebelum pendaftaran baharu perlu dibuat lagi.Begitulah yang berlaku setiap tahun.
Siapa akan menanggung beban ?Sudah pastilah Pesuruhjaya Daerah dan Pasukannya.Kerana apa ? Kerana perlu berhadapan dengan pemimpin-pemimpin kumpulan bagi menjelaskan permasalahan pendaftaran.Setiap tahun begitu.Apa yang peringkat tertinggi buat..?mereka buat bodo sahaja...
Akhirnya, pemimpin pengakap daerah dicop makan duit...! SEBENARNYA SIAPA YANG MENCILOK DUIT PENDAFTARAN?