Saturday, July 17, 2010

DIPERALATKAN?
















Pada 14 hingga 16 Mei telah berlangsungnya Jambori 1Belia 1Malaysia di TamanWetland,Putrajaya.Namanya gah dipersada negara.Dicanang seluruh negara maka,berduyun-duyunlah warga pengakap dari pelusuk tanahair hadir untuk memeriahkan Jambori.
Walaupun penyertaannya adalah percuma dan makan disponsor tetapi konsep Jambori dalam kepengakapan amat jauh menyimpang.Kononnya Jambori ini diadakan adalah untuk menunjukkan kepada Malaysia bahawa pengakap amat berperanan dalam belia.Sebab itulah Jambori ini berlangsung serentak dengan sambutan Hari Belia Kebangsaan.
Jujurkah mereka dalam menjemput warga pengakap ke sambutan itu? Hanya mereka yang menghadiri ke Jambori ini sahaja yang memahaminya.Sambutan Hari Belia Kebangsaan diadakan di PICC Putrajaya tetapi warga pengakap yang seramai 5000 orang ditempatkan di Taman Wetland...terpisah jauh dari tempat sambutan.
Ada udang di sebalik batu.Itulah perasaan kebanyakan warga pengakap yang hadir.Sebahagian warga pengakap diminta dan dihantar ke beberapa lokasi aktiviti hanya untuk meramaikan orang.300 orang sahaja yang dibenarkan berada di PICC semasa majlis perasmian dijalankan.Sebahagian lagi dikerah memenuhi ruang JOM HEBOH.Bukan citarasa warga pengakap untuk datang ke Jambori semata-mata untuk ditempatkan di tapak Jom heboh.apatah lagi dengan beruniform lengkap.
Sudahlah jarak terpisah jauh,warga pengakap terpaksa mengharungi cabaran berjalan kaki dari Taman Wetland ke Dataran Wawasan dan PICC.Bayangkanlah....Bergerak jam 8.00 pagi dan pulang jam 5.00 petang.Tiada pengangkutan disediakan ,tidak seperti apa yang dijanjikan.....
Tidak berperasaankah mereka....?
Ramai warga pengakap melahirkan rasa kecewa terutamanya kontinjen yang datang dari jauh...Kontinjen Sabah contohnya.Dengan kos penerbangan , layanan seperti ini yang mereka dapat....Amat memalukan....
Siapa yang harus dipersalahkan ? PPM atau KBS..?
Menurut ucapan menteri yang merasmikan Jambori , Perkhemahan ini adalah yang terbaik..Namun bagi warga pengakap ,inilah perkhemahan yang terburuk dalam sejarah....!
BERSETUJU ?

Friday, July 16, 2010

PENGAKAP SENTUL




AKHIRNYA BERGERAK JUGA SENTUL...
































Sekian lama keadaan yang haru biru.Dek kerana keangkuhan pemunya kuasa.Dek kerana pengakap puak-puak dan dek kerana mahukan nama, habis terpalit seluruh jentera kepengakapan KOta Metropolitan...

Dalam kacau bilau berbalas emel antara juak-juak terpinggir dengan jentera pemerintah baharu akan ketidakpuasan insang hati mereka.AKU TETAP SEPERTI DAHULU.Ketawa dipinggiran.

Dengan rasa tanggungjawab serta komitmen tinggi aku bersama DC Sentul mengorak langkah membangun pengakap di daerah Sentul.Walaupun banyak perkara yang belum selesai , namun kami bertekad menggerakkannya dengan daya yang ada.Walaupun kekadang telinga menahan pedih akan ayat-ayat longkang dari pemimpin kumpulan yang bertanyakan kenapa :

1. Daerah tak settlekan lagi masalah pendaftaran keahlian?
2. Daerah tidak settlekan masalah pendaftaran dan pertukaran nombor baharu?
3. Kad keahlian tak kunjung tiba?
4. tak buat meeting pemimpin daerah?
5. Tak buat program daerah?

dan banyak lagi.Perlukah aku dan DC mencanangkan pekong Jabatan ? Kurap negeri?Kudis pemimpin kumpulan ?

Dengan tenaga kerja yang tak seberapa di peringkat daerah dan atas kefahaman isteriku yang tercinta ( Sharwani bt. Awang - selalu kena tinggal ) akhirnya berjalan juga program yang telah dirancang..Tahniah warga kerja PPM Zon Sentul.
Gambar di atas adalah program Perkhemahan Pengakap Muda dan Remaja Zon Sentul.Alhamdulillah seramai 192 orang warga pengakap dari Zon Sentul yang menyertainya.Walaupun pada asalnya targetnya hanya seramai kira-kira 60 orang sahaja.Perkhemahan tersebut telah diadakan pada 7-9 Jun 2010 bertempat di Kem Templer.Apa nak buat , Sentul tak ada kem sendiri.Terpaksalah menumpang di tempat orang.
Walau apapun,dengan respon yang diterima maka,kami akan berusaha untuk memperbanyakkan lagi program-program daerah.insyaallah.
Kepada warga pengakap Zon Sentul, berilah kami masa untuk menyususn pentadbiran daerah sebaiknya .Berikanlah sokongan yang padu untuk menjayakan sebarang program daerah.
They said 1Malaysia , We said 1world .
cario
73

MEREKA TAK BELAJAR ATAS PERISTIWA LALU KAH ?

100 tahun telah berlalu ,100 tahun telah bertapak , 100 tahun telah bergerak , 100 tahun talah diarak...MEREKA MASIH TIDAK BELAJARKAH?

Persolan ini aku timbulkan bukan menggambarkan seluruhnya,tetapi kepada puak-puak yang kononnya telah lama berkecimpung dalam kepengakapan.Ada yang gah mempamerkan keahlian seumur hidup.

Mengapa masih ada sindrom melaksanakan program secara " last minute " ? Aku amat hairan masih ada golongan ini dalam pengakap.Apakah begitu mudah untuk menganjurkan sesuatu program.Sudikah kita menelan tomahan atas program batuk dihujung tangga?

Ada lagi juak-juak yang ingin melaksanakan program sambutan 100 dan perhimpunan Hari Pengakap Sedunia dalam tempoh 3 minggu.Sasarannya 2000 warga pengakap.Bolehkah dilaksanakan? Boleh, sekiranya program itu diswastakan.Boleh, jika dikerahkan keringat bala tentara pengakap hingga terabai tugas hakiki mereka.Tapi apakah hasilnya nanti memuaskan?Tidakkah lagu Bangau Oh Bangau akan berkumandang lagi?

Ada juga juak-juak di sebelah sana yang ingin menganjurkan Kempori negeri .Malangnya surat siaran belum diterima.Surat kebenaran jabatan juga tidak kunjung tiba.Sedangkan pesertanya adalah warga pelajar.Bagaimanakah para pemimpin hendak memenuhi kehendak mereka?Bagaimana pula persiapan kempori dan juga persiapan peserta.Ini semua memeningkan kepala bentara guru.Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi.....

Tidakkah boleh mereka ini merancang sesuatu program besar sebegini secara bersistematik.Tidak ada mana-mana penganjuran yang tiada kelemahan,tetapi kita masih berupaya meminimakannya.

Sekiranya penganjuran yang dilaksanakan secara tangkap muat dan tergesa-gesa ,tidakkah mungkin kita sendiri boleh menjangkakan musibahnya...?

Siapa yang akan menggalasnya ?

Sendiri mau ingat...!

Thursday, July 15, 2010

KE MANA ARAH.....

Sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini.Berbulan-bulan lamanya.Mungkin rakan-rakan penjengok dah bosan bila melihat blog aku tiada perubahan.Maafkan aku rakan.

Aku menyepi sebab tiada perkara menarik nak diwar-warkan.Tambahan pula aku amat sibuk dengan tugas hakikiku.Hari ini aku gagahi juga untuk menulis sesuatu...Tentang apa ya..? Sudah pastinya tentang pasukan beruniform yang aku cintai.

Aku berasa bertuah kerana dapat berkhidmat dalam pertubuhan ini dalam dua alam...
1. Aku berada dalam Majlis Pengakap daerah di negeri yang sibuk diperkatakan
sekarang..Negeri Berlubang-lubang.
2. Aku berada dalam pasukan Pengakap Latihan Daerah dalam jajahan Kota Metropolitan.

Disini aku ingin berkongsi keterharuan aku dalam pasukan di Negeri Kota metropolitan.Sudah setahun lebih tampuk kuasa bertukar tangan.Mengapa negeri masih tidak dapat menyelesaikan masalah pendaftaran keahlian.Tahun ini genaplah 100 tahun Kota Metropolitan berdaftar dalam Pengakap.Masalah kecil ini masih tidak dapat diatasi...Mengapa?

Sudah setahun lebih tampuk kuasa bertukar tangan.Mengapa hingga kini penubuhan Majlis Pengakap Negeri masih belum menjadi nyata...Kenapa ya?

Hairan dan penuh kemusykilan...sedangkan daerah-daerah telah mempunyai Majlis sendiri dan mempunyai akaun, namun negeri masih terkial-kial...di mana silapnya...

Setiap hari ,aku disajikan dengan berita politik berpuak-puak dalam masyarakat Malaysia.Sama ada melalui media elektronik mahupun media cetak.Kini,aku disajikan lagi dengan kumpulan berpuak-puak dalam pertubuhan yang aku sayangi...Adakah ketua pemerintah tidak tahu akan perkara ini..? atau buat-buat tak tahu.

Aku masih teringat pada mesyuarat negeri yang diadakan di pejabat "SONICE", kata-kata berapi ketua pemerintah yang ingin membuat pembaharuan di Kota Metropolitan.Dari persempadanan semula kawasan hingga ke projek mega perkhemahan yang kononnya akan melabakan pertubuhan sehingga berupaya mengembungkan kantung negeri sebanyak 2 juta .Begitu juga dengan cita-cita untuk menarik seberapa ramai insan-insan berpengaruh agar duduk bersama dalam pertubuhan dengan harapan mampu memiliki kem sendiri.Diakhir ayat-ayat seribu dinar, beliau mengatakan bahawa pertubuhan Kota Metropolitan akan menjadi pertubuhan pertama di Malaya akan memberi elaun bulanan kepada DC-DC nyaMaka, bersoraklah segala juak-juak diperingkat bawahan.

Hingga kini , setelah setahun lebih peristiwa itu berlaku , tiada khabaran lagi tentangnya....Yang sibuk dan hangat di pasaran adalah lagu BANGAU OH BANGAU....

Percaya atau tidak bahawa akaun daerah lebih kaya daripada akaun negeri..wallahualam.

Berbalik ke negeri berlubang-lubang pula.Aku berada dalam daerah terbesar dalam negeri berlubang-lubang.Sudah separuh tahun daerah menyepi dengan separang program.kenapa?
Ketuanya Tidur?Pemimpinnya lena?

Rupa-rupanya masalah birokrasi.Terlalu banyak birokrasi yang terpaksa ditempuhi.Logikkah sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan dihalang dan tidak diberi sokongan dalam penganjuran program untuk anak-anak muda...?Jabatan pelajaran daerah tidak berani bertanggungjawab atas penganjuran kononnya tidak mahu menanggung risiko.Itukah yang termampu diberikan oleh unit kokurikulum.Patutkah program daerah dianjurkan secara individu dan segala tanggungjawab serta permasalahan yang berkemukinan berlaku terpaksa ditanggung atas batu jemala individu..Kalau begitu,apa perlunya ada pegawai unit kokurikulum yang memegang potfolio badan beruniform.

Bagaimana kita hendak memperkatakan tentang pembentukan generasi muda dalam berpersatuan.Akhirnya,ramai pemimpin-pemimpin pengakap yang selama ini berkorban masa dan wang ringgit demi menjalankan fardu kifayah ini berasa kecil hati.Niat murni mereka tidak disokong oleh puak-puak ofis di jabatan.Maka, senyaplah pasukan latihan daerah ini..masing-masing mengambil sikap tunggu dan lihat...apa akan jadi dengan golongan muda ini?

Aku ? tetap kental seperti dahulu.kalau perlu menongkah arus, aku akan lakukan.Biarlah huru-hara diperingkat atasan.Aku akan jalankan program aku secara kecil-kecilan..

Yang penting aku Heppi....